Istana Negara, projek kroni UMNO


Kontraktor utama yang dipertanggung jawabkan untuk membina Istana Negara yang baru dilihat adalah tidak layak untuk mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit itu, mengikut dakwaan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, syarikat berkenaan, yang menggunakan nama Maya Maju (M) Sdn Bhd, telah disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat di saat ia diberikan tender bagi projek berkenaan oleh Jabatan Kerja Raya pada 26 Oktober 2007.

“Syarikat ini dikuasai oleh seorang yang bernama Datuk Haji Man bin Mat, yang merupakan bekas bendahari Umno bahagian Merbok,” kata Anwar pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

“Ia hanya berdaftar sebagai sebuah syarikat pembinaan pada Ogos 2008. Ia tidak dilesenkan oleh PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) atau CIDB (Construction Industry Development Board), yang menjadi antara syarat wajib.”

Anwar berkata tiada penjelasan diberikan berhubung mengapa kos pembinaan projek Istana itu naik berlipat ganda daripada kos permulaan di bawah RM400 juta kepada melebihi RM800 juta sekarang.

“Cadangan pembinaan dengan kos RM395 juta ditawarkan kepada Maya Maju mengikut konsep penswastaan tetapi selepas rundingan terus dengan JKR, ia naik menjadi RM650 juta.

“Tiada penjelasan berhubung kenaikkan mendadak ini dan kosnya itu sekarang meningkat kepada RM811.2 million,” katanya sambil menambah bahawa kontarktor utama itu tidak mendapat kebenaran menggunakan nama Maya Maju, yang telah didaftarkan sebelum itu kepada syarikat lain.

Menurutnya, pihak pembangkang melalui ahli parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, akan menimbulkan isu itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi menuntut sisatan terperinci berhubung projek kontroversi berkenaan.


ReJaM©

1 Comments

  1. Apa yg dibentang DSA itu adalah penting dan seharusnya diberi perhatian oleh BN. Ketirisan RM28J setiap tahun dulu sepatutnya menjadi fokus untuk menjaga kepentingan negara oleh semua pihak.

    Tahukah anda apa maklumbalas yang akan diterima dpd BN dengan dakwaan Anwar mengenai projek istana ini? Jawapannya ialah Anwar didapati bersalah dalam kes fitnah liwat 2 dan semua keterangan sumpah2 adalah benar. Lagi banyak pendedahan Anwar utk menyelamatkan wang negara, lagi ramai balaci upahan akan tampil ke hadapan demi mempertahankan tusukan dibontot Saifool itu. Biar negara hancur asalkan Anwar dapat disingkirkan.

    Orang yg buta hati ialah org yang nampak nyamuk dalam semak tetapi membutakan mata terhadap gajah yg masuk dlm rumah. Nilai ketirisan berjuta2 adalah tidak ada nilai bagi umno jika hendak dibandingkan dgn isu wang ehsan RM100 kepada warga tua P.Pinang.

    Mereka lebih berminat dng isu RM100 dpd isu berjuta ringgit. Adakah sikap begini waras? Sudah tentu org gila pun akan kata itu sikap tidak siuman dan telah hilang pertimbangan akal yg sihat.

    Dapatkan JPJ membenarkan org gila memandu kereta? Sudah tentu tidak. Maka apatah lagi org gila sudah tentu tidak layak memandu negara. Mesti tukar segera....

    Maka

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan