Isu Gereja - Menteri Pertahanan Dipecat

MOSCOW 22 Okt. – Menteri Pertahanan Rusia, Anatoly Serdyukov semalam dipecat kerana didapati menghina komander pasukan tentera payung terjun yang menolak untuk merobohkan sebuah gereja di pangkalannya.

Akhbar Kommersan melaporkan, Serdyukov, seorang bekas eksekutif perabot dan orang awam pertama mengetuai kementerian pertahanan, telah mengarahkan Kolonel Andrei Krasov, ketua akademi pasukan payung terjun di wilayah Ryazan untuk memusnahkan sebuah gereja kayu.

Menurutnya Serdyukov, peruntukan belanjawan kementerian pertahanan tidak sepatutnya digunakan untuk membina gereja dan beliau didapati menegur komander itu dengan bahasa yang kasar. – AFP


ReJaM© "Kalau di Malaysia agak-agaklah, siapa lagi superior, komander ataupun menteri pertahanan?"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan