Kemalangan di Genting Sepah, Pemandu bas tiada lesen!


Macam manalah pemandu bas yang tiada lesen boleh dibenarkan bekerja sebagai pemandu bas? Bila dah jadi kemalangan siapa yang harus dipersalahkan? Kemalangan maut pulak tu. Kalau sabit kesalahan paling teruk hukuman 5 tahun penjara, denda tak lebih RM 5, 000, tapi bagaimana pula dengan nasib mereka yang kehilangan keluarga akibat kemalangan?

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Pemandu bas yang mengakibatkan tujuh orang maut dalam satu kemalangan di KM38 Genting Sempah dekat sini malam tadi, didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan kepada polis mengenai perkara tersebut.

"Pemandu bas tersebut sebelum ini mengaku kepada pihak polis bahawa beliau mempunyai lesen memandu, namun setelah kami memeriksanya dengan pihak JPJ, kami mendapati bahawa dia tidak mempunyainya," katanya di sini hari ini.

Che Husin berkata, pemandu tersebut yang patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditahan polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara merbahaya yang boleh menyebabkan kematian.

Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedu -duanya sekali jika disabit dengan kesalahan.

Che Husin berkata, polis sedang menyiasat sama ada pemandu tersebut mempunyai rekod kesalahan memandu lampau atau pun tidak, serta perkara perkara lain yang berkaitan dengan kemalangan tersebut. - Bernama



ReJaM© "Al-fatihah kepada mangsa yang terkorban dan beragama Islam"

2 Comments

  1. ouh...xde lesen ker??bhy betul!!

    ReplyDelete
  2. cuba siasat, kenapa beria-ria si keling mengaku melayu ni, abdul azeez nk saman bas ni? maybe sebab bawak budak uni jadi pengundi hantu kt galas.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan