Kemalangan ngeri 10-10-10 (Gambar)


REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.

Berikut beberapa keping gambar yang dihantar oleh didilia91@gmail.com, Sila klik untuk membesarkan image







ReJaM©

5 Comments

  1. Al-fatihah buat mereka yang terbunuh

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah buat yang terbunuh beragama islam

    ReplyDelete
  3. takutnya... ya allah jgn la kau ambil nyawaku tika aku lalai..

    ReplyDelete
  4. yg suka buat kerja2 fitnah politik kepentingan diri rasuah penyelewengan sumpah2 palsu...demi sedikit dunia...sampai masa akan berpindah jua..tkkira masa..tk disangka2..mati blh dtg tiba2...byk ingtkan mati...semuga dptlah mengurangkan kegilaan mengejar dunia ini dgn cara melanggar semua kehendak Illahi...apakah jaraknya hidup dan mati itu? seumpama tapak tgn dan belakangnya sahaja...hamba mengingatkan diri hamba dan semua konspirator fitnah 2 khasnya.

    ReplyDelete
  5. hanya orng yang tertentu saja dapat menguasai topik perbincangan ini.aku terkecuali.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan