Kereta Proton Saga peronda Polis kemalangan

Sebenarnya gambar kereta peronda Polis kemalangan ni dah lama berada dalam simpanan, tetapi ReJaM© terlupa nak kongsikan kepada para pembaca. Kejadian ni berlaku kira-kira lebih sebulan yang lalu di dalam bulan ramadhan. Sebuah kereta Polis berlanggar atau menyondol sebuah kereta milik orang awam.

Kejadian ini berlaku di negeri Kelantan di kawasan jajahan Tanah Merah kalau tak silap (ingat-ingat lupa). Mengikut pemahaman ReJaM© tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Kereta yang dilanggar itu termasuk ke satu tepian curam dan terbalik (bumbung di bawah manakala keempat-empat tayar di atas). Dari pemerhatian ReJaM© pesalah adalah kereta Polis kerana menyondol kereta orang awam di jalan lurus. Berikut 2 keping gambar yang dapat dikongsikan gambar-gambar lain kurang jelas. sila klik untuk membesarkan image.






ReJaM© "Berhati-hati di jalan raya"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan