Ku Li nafi terima tugas ketuai PRK Galas

Macam-macam hal si Din ni, bila masa Ku Li cakap nak ketuai Barisan Nasional di PRK Galas? Dalam keadaan Be End dan UMNGOK yang tersepit dengan isu Royalti hak rakyat Kelantan, mereka ketandusan calon yang sesuai untuk merampas DUN Galas. Hahaha Muhyidin penin...... penin.....

Soalan siapa akan mengetuai jentera pilihan raya BN semasa kempen di dewan undangan negeri Galas terus menjadi teka-teki apabila pemimpin veteran Umno yang dipertanggungjawabkan tugas itu menafikan beliau menerima tugas berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh telah bersetuju memikul tugas itu, tetapi putera raja itu hari ini pada halaman Twitter menafikan perkara berkenaan.

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,” tulisnya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Razaleigh sekarang ini berada di Ireland, bagi melawat universiti di mana beliau mendapat didikannya - Queen's University di Belfast. Beliau dijadualkan pulang pada 9 Oktober ini.

Namun pada awalnya, tidak dapat dipastikan sama ada Razaleigh merujuk kepada pengumuman kenyataan Muhyiddin atau cadangan daripada pihak lain yang beliau dilantik sebagai pengarah pilihan raya BN.

Bagaimanapun, gambaran semakin jelas, apabila seorang daripada pengikutnya mengemukakan soalan di Twitter kepadanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari.”

Menjawab soalan itu, Razaleigh menyerahkan perkara berkenaan kepada Muhyiddin dengan berkata beliau belum memberi sebarang persetujuan berhubung jawatan berkenaan.

"Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan,” jawap Razaleigh.
MK


CiLiK©: Kah kah kah kah...

4 Comments

  1. Perangkap utk melihat kesetiaan Kuli pada umngok. Kita berdoa semuga Kuli menolak dan akan memberi pukulan kepada umngok nnti. Dan kalau Kuli menerima pelawaan umngok maka isu royalti minyak kelantan akan menjadi hangat.

    Apakah kuli akan mempertahankan kebenaran mengenai isu itu walaupun bercakap dipentas umngok?

    Ujian berat juga buat Kuli. Nasihat aku pada Kuli:

    Kuli telah diberi semua nikmat didunia ini. Hidup dalam kemewahan dan penghormatan. Kelihatan sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.

    1. Persoalannya, sanggupkah Kuli khianat kepada rkayat kelantan yang majoritinya melayu dan islam dgn bersekongkol dgn perompak royalti kelantan?

    2. Sanggupkah Kuli menderhaka kepada Sultan Kelantan yang baru kerana baginda juga berhak terhadap royalti minyak kelantan kerana baginda juga anak jati kelantan bertaraf sultan? Dan sudah tentu baginda gembira jika hak itu dikembalikan.

    3. Apakah Kuli akan lebih takut kepada umngok yang mana nyawa dan nasib Kuli bukan ditangan mereka?

    4. Apakah Kuli tidak yakin bahawa Allah sentiasa bersama org yang berjuang utk kebenaran dan mati mempertahankan hak itu adalah syahid? Mempertahankan harta daripada dirompak penyamun separuh botak itu juga adalah jihad dan mati kerananya insyaallah syahid.

    5. Dalam usia begini apakah lagi yang Kuli harapkan selain dpd memastikan sentiasa berada dilandasan dan perjuangan yang diredhai Allah. Ini kerana usia semakin lanjut. Ajal maut boleh dtg tiba2 tanpa diduga.

    6. Apakah Kuli rela mendapat dosa besar hanya kerana bersekongkol dgn penyamun harta dan hak rakyat Kuli sendiri sedangkan tidak seorg pun pemimpin umngok yang mampu membela Kuli dikubur nanti?

    Kepada Kuli, tepuk dada tanya iman. Didepan anda ada 2; jalan benar dan kefasikan.

    Kalaupun anda memilih utk memenuhi jemputan umngok, pastikan isu royalti minyak menjadi lebih kuat diperjuangkan dan pastikan ianya berjaya dirampas kembali walaupun mereka berharap anda akan berdiam diri kerana berada dipihak umngok......walau kaarihal munaafiquun ( walaupun puak2 munafik perompak itu tidak suka anda membela isu royalti, pedulikan mereka, tegakkan yang hak)..


    Semuga Kuli diberi hidayah dlm membuat pilihan....Amiinnn

    ReplyDelete
  2. Maaf Tuan Cilik, hamba hendak mengulas sikit isu yg dibawa oleh tuan Orang Lama di atas walaupun terkeluar dari tajuk ruangan ini sedikit.

    Pelajaran sex anjuran umno dan APCO ini lebih menekan kepada :

    "Bagaimana melakukan sex dgn selamat dan menjauhi risiko kelahiran luar nikah"

    sedangkan apa yang lebih penting dan dituntut ialah :

    "Bagaimana menjauhi dosa besar zina yang mana ia akan merosakkan tamadhun manusia itu sendiri dan pelakunya diancam azab neraka, tak kira budak sekolah Tupah atau ketua menteri melaka atau PM Malaysia atau sesiapa saja".

    Apa yg dipentingkan oleh golongan sekular iala supaya menghindari anak luar nikah tetapi bukan menghindar sex diluar nikah.

    ReplyDelete
  3. kalo da bg pendidikan mcmmn nk mencegah kehamilan luar nikah lg hebat le nmpaknya..sama mcm bg kondom free je le..umpama orang mengantok disorongkan bantal..parah2..

    aku cuma nk saksikan keputusan PRK nnt..x kisah le kuli ke sape ke yg mengetuai jentera UMNGOK aku cuma berdoa agar kebenaran mengatasi segala pembohongan dan kejahatan..

    ReplyDelete
  4. jaka,tak payahlah panggil saya tuan, panggil saya mat pun takpa. sori tuan tanah, terkeluar tajuk.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan