Lagi kes rasuah UMNO-BN

UMNO BN sememangnya sudah terlalu biasa dengan rasuah terutama di dalam menguruskan projek-projek pembangunan yang melibatkan tender kerajaan. Apa yang mereka tahu dan utamakan ialah isi perut mereka!

Banyak pendedahan demi pendedahan telah dibuat tentang amalan rasuah serta penyelewengan yang dilakukan oleh Umno-Barisan Nasional dan kroni-kroninya namun keangkuhan mereka tetap berterusan.

Kali ini rasuah berlaku dalam isu kelewatan pembinaan Hospital Shah Alam yang berharga RM480 juta yang terbengkalai sejak enam bulan lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang telah berkali-kali mengutarakan dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam projek tersebut sekali lagi mendedahkan Umno-BN masih menyerahkan pembinaan hospital itu kepada syarikat kroni walaupun subkontraktor sedi ada, GM Health Sdn Bhd bersedia untuk memberikan diskaun RM3 juta serta menjamin hospital disiapkan dalam tempoh yang lebih awal.

"Ini adalah kontraktor Bumiputera kelas A tetapi ditamatkan kontraknya oleh kontraktor utama, Sunshine Fleet kerana pertikaian berhubung pembayaran progresif. Lalu GM Health menawarkan kepada kerajaan untuk meneruskan projek ini dengan diskaun RM3 juta dan sanggup menyiapkan projek dalam tempoh 18 bulan. Walaupun syarikat itu telah membayar komisen kepada Sunshine Fleet tetapi ia masih sanggup untuk menerukan projek tersebut," jelas Khalid pada sidang media di lobi Parlimen tengahari tadi.

Khalid berkata sebaliknya berlaku apabila kerajaan tidak memberi respons kepada tawaran GM Health tetapi menamatkan kontrak Sunshine Fleet dan bercadangkan mentender semula projek tersebut.

"Kerajaan tidak membuat tender terbuka tetapi menjemput syarikat-syarikat tertentu. Kita khuatir jika tawaran GM Health tidak dilayan dan masih mahu bela kontraktor-kontraktor kroni, jemput 10 kontraktor yang merupakan kawan-kawan dan kroni, sudah pasti harga kontrak yang diberi akan lebih tinggi daripada harga asal.

"Inilah sikap Umno-BN, bila kontraktor yang dipilih gagal, tidak ada tindakan undang-undang diambil, lepas itu menenderkan semula projek, naikkan harga projek, makan komisen kiri kanan lagi tetapi kontraktor yang profesional, sanggup buat dengan harga yang lebih murah, tulis berkali-kali membuat tawaran tidak disambut dan diterima.

"Jadi sebenarnya Umno-BN menggunakan peluang ini untuk memberi kontrak yang baru dengan harga yang lebih tinggi supaya kroni dapat duit lagi, yang rugi akhirnya ialah rakyat yang terpaksa menanggung segala kerugian disebabkan rasuah. Sudahlah harga projek RM480 juta mahal kerana bagi hospital 300 katil, kos setiap katil hanya RM1 juta. Jadi sepatutnya harganya hanya RM300 juta sahaja," tegas Khalid lagi.

Tambah beliau, proses tender baru akan memakan masa 2 ke 3 bulan dan enam bulan lagi diperlukan untuk gerak kerja kontraktor baru yang akan menyebabkan kos pembinaan meningkat.


ReJaM© "Dedahkanlah macam mana pun UMNO takkan berubah! Jalan terbaik tumbangkan Barisan Nasional pada PRU 13"

1 Comments

  1. Bidang kontraktor sangat sinonim dgn org2 umno. Dia org semua suka nak jadi kontraktor. Pertama kerana menjadi kontraktor tidak memerlukan kelulusan profesional, yg perlu hanya mengaji jurutera, juukurbahan dan lain2 disiplin professional.

    Mereka tidak berminat utk membuat projek sembelih ayam suci dan halal besar2an, tidak berminat utk menanam tebu pun utk bekalan guna, tidak minat utk buat kicap tauhu mee dan sebagainya suci dan halal pun utk umat. Malah supermarket halal utk setiap daerah pun masih dalam kenangan.

    Keduanya; kerana keuntungan menjadi kontraktor adalah besar dan cepat. Siap bangunan boleh jadi jutawan dah. Ketiganya; kerana senang mendapat projek yg dirancang oleh exco2 dan jabatan2 kerajaan yg mana menteri2 adalah org politik sendiri. Keempat; bentuk tender ada pelbagai dan boleh jadi direct nego atau selected tender.

    Bagi projek2 khas dan istimewa atau prestige boleh runding terus dan pilih terus. Seterusnya bagi kontraktor yg disenarai hitam, syarikat boleh ditutup tapi boleh buka syarikat lain guna nama proksi. Untuk membawa kes2 kontraktor gagal dan bermasalah dan mendapatkan wang jaminan bank bagi pihak kerajaan memakan masa lama dan tidak semudah itu utk menang kes di mahkamah kerana byk elemen teknikal perlu dikenalpasti. Selama kes berjalan, projek perlu diteruskan segera. Cara cepat ialah dgn terminate kontraktor lama dan buka tender baru. Disini ketirisan wang dan masa berlaku. Bahan binaan telah naik dari masa ke semasa.

    Paling tinggi syarikat tersebut kena senarai hitam dan termination saja. Ada jg yg mencuri disiang hari. Mendapat projek dan bila dapat wang pendahuluan terus ghaib syarikat tu. Tak dapat dikesan. Pernah ke kita dgr kontraktor dipenjara kerana gagal melaksana projek? Penyelewengan kakitangan awam tidak membawa kerugian besar dibanding penyelewengan kontraktor tetapi lebih mudah di caj dh dipenjara.

    Sesungguhnya kita amat memerlukan insan2 yg amanah jujur dan takutkan Allah dalam bidang kontraktor. Kontraktor yg betul2 merasakan amanah Allah dalam satu2 pembinaan itu. Kontraktor yg tidak menukar bahan binaan pada malam hari utk mengelak pemantauan penguasa tapak. Kontraktor yg tidak menipu tebal lapisan binaan jalan walau seinci pun.(kalau jalan sejauh 10km, berapa nilai yg dicuri tu...kiralah)

    Kita sering diperdengar ajaran agama yg mengatakan 2 daripada 3 hakim dalam neraka. Dan kalau hamba boleh sebut kontraktor pula mungkin 2.9 daripada 3 kontraktor dalam neraka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan