Lagi rancangan merompak KWSP




Sebelum ini rakyat dikejutkan apabila Perdana Menteri membenarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkatkan pelaburan luar negaranya sehingga mencecah 20 peratus yang mana sebelum ini hanya dibenarkan sebanyak 7 peratus. Ia didakwa merupakan perancangan Umno-Barisan Nasional untuk menyalur keluar dana milik rakyat berjumlah RM75 bilion ke dalam sebuah syarikat yang tidak diketahui milik kerajaan yang disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE).

Sehingga kini pun Najib semenjak dari pembentangan Belanjawan 2011 Jumaat lalu masih belum dapat mendedahkan kepada umum identiti syarikat terbabit atau kaunter saham syarikat yang bakal menerima suntikan besar dari dana KWSP menimbulkan kesangsian bahawa langkah tersebut adalah sebahagian daripada pelan licik Umno-Barisan Nasional untuk 'melarikan' aset negara harta pesara negara.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail adalah suatu yang tidak masuk akal kerana dana berjumlah RM75 bilion itu akan digunakan untuk pelaburan yang tidak diketahui porfolionya dengan tepat tetapi cuma dikenali sebagai 'foreign portfolio' (portfolio asing).

"Kita tidak tahu portfolio yang mana tapi apa yang saya jangkakan ianya mempunyai kaitan dengan Bursa Saham New York di mana kerajaan mempunyai satu syarikat milik kerajaan yang tersenarai dalam bursa tersebut tetapi sehingga kini syarikat tersebut adalah misteri yang belum terjawab.

"Kita bimbang, dana KWSP akan disuntik ke dalam syarikat tersebut bagi menyelamatkannya kerana jika syarikat itu tidak mempunyai daya tahan maka kerajaan terpaksa menanggung denda yang dikenakan terhadapnya oleh Bursa Saham New York. Saya bimbang sudah wujud saluran yang disediakan di Bursa Saham New York dan pengumuman Najib sebagai persediaan untuk mengalirkan wang milik rakyat kepada syarikat misteri tersebut.

"Saya jangka duit KWSP ini akan digunakan dalam suntikan modal bagi mempertahankan syarikat kroni itu untuk terus disenaraikan dalam bursa tersebut," dedah Azan kepada Suara Keadilan.

Dalam pada itu, beliau juga turut mempertikaikan dasar kerajaan yang memperbesarkan peranan portfolio asing sedangkan Najib dalam pembentangan bajet kali ini menyatakan kerajaan mahu menggalakkan pelaburan swasta atau pelaburan dalam negara.

Tindakan itu katanya bercanggah dengan hasrat untuk mendaya kembali pelaburan swasta bagi mencapai ekonomi negara berpendapatan tinggi.

Apa yang membimbangkan kata Azan lagi, di samping perbelanjaan defisit yang bertambah, hutang negara juga meningkat 18 peratus daripada RM378 bilion pada 2009 kepada RM441 bilion tahun ini.

"Daripada jumlah tersebut, kerajaan memperuntukan 5 peratus daripada belanjawan tersebut untuk melunaskan hutang, bermakna daripada RM212 bilion hanya RM10 bilion untuk tujuan pembayaran hutang.

"Ini bermakna daripada RM441 bilion, kita membayar hutang negara kurang daripada 2 peratus dan ini menunjukkan pengurusan hutang yang begitu lemah sekali.

"Keputusan ini adalah tidak munasabah sama sekali apabila kerajaan mencadangkan satu rang undang-undang perbekalan yang bersifat melunaskan hutang negara serendah 2-3 peratus sahaja.

"Sedangkan pada masa yang sama, kerajaan sanggup menggunakan wang KWSP untuk meningkat pelaburan di luar negara daripada 7 peratus kepada 20 peratus," tegas beliau.

Tambah Azan sikap ini menunjukkan kerajaan lebih rela menggunakan dana awam untuk melabur di luar negara daripada melunaskan hutang.

Azan juga menjelaskan hutang negara terdiri daripada empat kategori akaun iaitu penyata hutang awam luar negara, penyata hutang awam dalam negara, penyata jaminan dalam negara serta penyata jaminan luar negara.


ReJaM© "Sampai masa nanti pesara kerajaan dan swasta yang terlibat dengan KWSP terpaksa mencari kerja sambilan jadi Pak Guard dan sebagainya kerana KWSP dah kena rompak!"

3 Comments

  1. Siapa Azan Ismail ni? Seorang YB PR sahaja. Ingatkan seorang pemerhati ekonomi negara atau menteri BN. Beginilah bezanya pemimpin PR dgn pemimpin BN. Suara2 ulasan membina dan pemantauan bagi menjaga kepentingan negara datangnya dari seorg pemimpin kecil PR sahaja.

    Dimana pemimpin2 BN dan pembela bangsa melayu yang sangat PERKASA itu? Bagaimana pula pandangan penyokong2 bn dalam perkara begini? Mereka rupanya sangat bersyukur sahaja tiap hari dan berterima kasih saja terhadap apa saja perbuatan pemimpin mereka. Bersyukur apa kalau menolak nilai2 agama kebenaran dan keadilan. Bersyukur apa kejadah apa kalau mengiyakan saja semua perkara tak kira betul atau salah. Bersyukur apa kalau membiarkan harta rakyat dirompak. Itu bukan bersyukur, itu kufur dan dayus namanya.

    Yang penting bagi mereka sokong tidak berbelah bagi...kami berdiri teguh di belakang pemimpin(cukup suka dgn belakang)...yg penting mereka boleh makan kangkung longkang tiap hari dgn aman sejahtera. Apa nak jadi pada negara pedulikan saja.

    Kerana itu pelajaran matematik pernah dibuat dalam bahasa inggeris. Supaya org melayu yg sudah sedia lemah matematik langsung tidak tahu apa2 penyelewengan yg melibatkan angka billion ringgit. Penin tgk angka sebesar itu. Billion itu ada berapa angka kosong pun tidak tahu. Sebab jiwa sudah lama kosong dari kebenaran.

    Yang mereka minat hanyaaaaalah...liwat, apa itu liwat, bagaimana air mani masuk dlm lubang tanpa penetrasi, berapa kali liwat. Yang mereka usahakan ialah mencari pemuda2 bacul yg boleh diberli utk menyokong fitnah mereka. Dalam seronok dgn gelumang najis fitnah itu, pemimpin mereka merompak harta rakyat siang2 buta.

    Rendahnya harga diri dan minda penyokong mereka. Patutlah utk menangani ayam sembelihan yg tiada was2 utk makanan umat pun masih gagal.

    ReplyDelete
  2. Thu x mknanya rompak harta rakyat?brmkna membawa padah..pelan-pelan licik ini hanya untuk keabadian diri mereka..

    TAPI..ingatlah..kami yang bekerja tungkus-lumus,berkeringat dari pagi sampai malam,tinggalkan anak-pinak memebantu negara INIKAH yang mereka balas?

    Sedarlah bangsaku..kita hanya diejek,dicerci oleh bangsa kita sendiri..

    ReplyDelete
  3. Aku pernah cakap ngan seorang UMNO. cakap punya cakap akhirnya dia mengalah, tapi dia siap boleh cakap lagi : Aku tak kisah pemimpin kita makan rasuah ke apa ke, janji melayu tetap unggul di malaysia ini. Terkedu aku bila dia cakap macam tu.

    Sebab itu aku rasa, cakap macam mana pun, dedah macam mana pun, diorang takkan terima punya.

    Sudah sunnah orang berjuang di akhir zaman..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan