Lokasi projek Warisan Merdeka


Bangunan 100 tingkat yang yang dikenali sebagai bangunan Warisan Merdeka dibentangkan di dalam bajet 2011 oleh Perdana Menteri Najib Razak adalah sebuah bangunan untuk Permodalan Nasional Berhad, PNB. PNB sebuah syarikat pengurusan dana terbesar negara telah lama merancang (Dis 2009) untuk membangunkan tanah seluas 7.2 ha yang mengelilingi Stadium Merdeka untuk dijadikan kawasan perumahan dan juga perniagaan pada anggaran kasar menelan belanja sebanyak RM 3 Billion. Stadium bersejarah itu pula akan dibaik pulih untuk aktiviti sukan dan upacara awam.

Dalam masa yang sama terdapat laporan yang mengatakan PNB bercadang untuk membina bangunan pencakar langit setinggi 100 tingkat, Warisan Merdeka yang akan menggantikan menara Berkembar Petronas sebagai bangunan tertinggi di Malaysia. Dengan anggaran kasar menelan belanja sebanyak RM 6 billion. Di dalam gambar berikut menggambarkan lokasi yang telah dicadangkan untuk pembinaan bangunan Warisan Merdeka tersebut.

[Sila klik untuk paparan yang lebih jelas]




ReJaM© "Kalau difikirkan dengan akal yang waras, Menara Warisan Merdeka ini bakal menerima nasib yang sama seperti menara berkembar, di mana masih terdapat banyak ruang kosong yang tidak didiami sehingga kini. Maka, nampaknya selepas ini Malaysia akan menjadi tumpuan pelancong kerana memiliki kandang jin terbesar di dunia, iaitu setinggi 100 tingkat"

1 Comments

  1. Ini semua projek nak perabih duit rakyat! dan nak mengayakan kroni... kalau tak ada projek kroni mampos tak makan pulak!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan