Malu kapal selam tersadai


Sebelum ini Malaysia dikritik hebat, malah menjadi gelak ketawa dunia apabila kapal selam Scorpine yang dibeli dengan penuh kontroversi oleh Kerajaan Malaysia daripada Perancis dilaporkan tidak mampu untuk menyelam. Sebaliknya Kapal Selam Scorpine Malaysia terpaksa diiringi untuk ke Malaysia bimbang anak kapal mati kerana bila menyelam takut tak boleh timbul pulak.

Kali ini berita lucu pula dari Britain yang memberi malu besar kepada Kerajaan Britain. Kapal selam nuklear kebanggaan Britain dilaporkan tersadai. Nampaknya puak UMNGOK dah ada modal baru untuk menjawa isu kapal selam yang tak boleh menyelam! Jangan terkejut bila pemimpin UMNGOK akan kata "Negara maju macam Britain pun kapal selam tersadai, apalagi negara kita yang beli kapal selam second hand!"

LONDON - Ketua-ketua Tentera Laut Diraja Britain malu besar selepas sebuah kapal selam nuklear yang didakwa mampu mengelak daripada dikesan radar musuh akhirnya menjadi bahan jenaka orang ramai setelah ia terdampar di perairan Scotland, lapor sebuah akhbar semalam.

Kapal selam HMS Astute berharga £1.2 bilion (RM5.8 bilion) turut dilengkapi sistem navigasi berkomputer tercanggih.

Namun, nasib tidak menyebelahi kapten kapal selam itu selepas kipasnya tersekat dalam lumpur ketika memasuki sebuah teluk yang cetek di Kepulauan Skype kelmarin.

Orang ramai yang berada di lokasi tersebut tersengih melihat beberapa pegawai dan kru kapal selam tersebut keluar sementara menunggu air pasang bagi membolehkan HMS Astute ditunda.

"Walaupun tiada kebocoran nuklear berlaku, kapten kapal selam itu atau anak-anak buahnya boleh didakwa di mahkamah tentera kerana kecuaian," kata satu sumber selepas HMS Astute ditunda pada petang kelmarin.

Kapal selam sepanjang hampir 100 meter itu dapat menghasilkan air minuman dan udara daripada air laut sekali gus mampu menyelam mengelilingi dunia tanpa timbul ke permukaan.

HMS Astute membawa torpedo berat Spearfish 38 dan peluru berpandu Tomahawk Serangan Darat yang boleh mengenai sasaran di Afrika Utara dari Britain. - Agensi


ReJaM© "Kunfayakun tersadailah kapal selam itu..."

8 Comments

  1. umngok dah ada modal ceramah ini! LIHAT BRITAIN NEGARA MAJU PON SUBMARINE PON TERSADAI, INI PULAK KITA BELI 2ND HAND, MCM SAYA BINI PON 3RD HAND..SATUUUUUUUUUUUUUUU...MESIA(dgn muncung merah)

    ReplyDelete
  2. Scorpene malaysia tu 2nd hand ke? Bukan ke Agusta utk wat latihan tu je yang 2nd hand?

    ReplyDelete
  3. astaghfirrullahalazim....sekurg-kurgnye Malaysia ni ade jgk kapal selam...siap boleh menyelam lagi...x kisahlah 2nd hand ke...ape ke...tp yg pasti blh gune...anda ni kenape?? x berbangga ke Malaysia mempunyai 1 kemudahan? MALAYSIA tu sebut baik2 sket...BUKAN mesia tp MALAYSIA...!!!sedarlah diri sket...anda sume tu lahir di MALAYSIA..tanah MELAYU...!!!!!larilah kat mane pOn, anda tetap Melayu!!!!sedar diri sket...klau dah dengki kate je dengki!!!
    Lagi 1, walau yg ke berape pOn bini@isteri anda, mereka tetap isteri anda!Jgn hina isteri! Nabi Muhammad x pernah hina Isteri2 baginda...Baginda begitu menghormati isteri2 baginda...
    Istighfar la panjang2 bagi yg hina isteri tu!!!!Wassalam...

    -Anak Malaysia, anak org Melayu-

    ReplyDelete
  4. jap..jap...bulih menyelam lg ke?

    ReplyDelete
  5. Takleh lagi kot. Dengar kate kalau cuba menyelam jugak, kapal selam tu jadi sesak nafas. hehehe

    ReplyDelete
  6. nk beli tak teliti barang.inilah jadinya..rugi besar..kalo buat masjid x rugi..hari2 org keluar masuk p beribadat..

    ReplyDelete
  7. Kan bagus kalau najib pi belajar menyelam drpd pi bli kapal selam..

    ReplyDelete
  8. kapal selam tu dh menyelam dh dgn elok..dari labuan ke tioman..sudah berpa kali dh menyelam dgn dgn iringam kapal peronda KD Kedah..so xde ar isu..kapal scorpene kapal baru buka 2nd hand..yg 2nd pn agusta utk training..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan