McDonald's disaman pekerja gemuk

SAO PAULO - Sebuah mahkamah di Brazil mengarahkan restoran makanan segera McDonald’s supaya membayar pampasan kepada bekas pengurus cawangannya yang menjadi gemuk selepas bekerja di restoran itu selama 12 tahun.

Lelaki berumur 32 tahun itu dianugerahkan bayaran pampasan sebanyak AS$17,500 (RM54,000) selepas beratnya meningkat sebanyak 30 kilogram sepanjang berkhidmat di McDonald’s.

Bekas pekerja yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, dia terpaksa menguji sampel makanan setiap hari bagi memastikan tahap kualiti yang tinggi kerana McDonald’s mengupah 'pelanggan misteri' yang bertugas melaporkan keadaan makanan di restoran itu.

Polisi McDonald’s yang memberikan makanan tengah hari percuma kepada pekerja turut menyebabkan pengambilan kalori hariannya meningkat menyebabkan kegemukan.

McDonald’s dalam keterangan balas mendakwa syarikat itu memberikan pilihan makanan yang seimbang bagi pengambilan harian pekerjanya.

[Sinar Harian]

ReJaM©

3 Comments

  1. tatau nk respon cane. speechless.

    ReplyDelete
  2. Sebab itu kita patut saman kerajaan BN kerana telah menyebabkan pemimpin2 mereka 'gemuk' kerana lama sangat memegang kuasa. Oleh kerana mahkamah tidak berfungsi maka wajib kita semua 'menyaman' bn dengan menjatuhkan mereka dalam pilihanraya akan datang.

    Ini semua utk kebaikan rayat dan mereka juga. Supaya dapat diseimbangkan diantara rakyat yg sentiasa di'kurus'kan dengan pemimpin bn yang sudah terlalu 'gemuk'.

    Demi kesihatan rakyat, negara dan pemimpin bn sendiri, sudah sampai masa mereka diganti dgn PR... yang lebih sihat dan bertenaga. BN is too gemuk, gendut dan banyak penyakit already laaa....

    ReplyDelete
  3. korang baik2ler jgn amalkan makan makanan fastfood kat kfc,mcdoyah...penjual2 ayam yg hantar ayam kat restoren fastfood tu injet bahan kimia ke dlm badan ayam smpai gemok gedempol cam rosak-mah. Abis sampai cacat2 ayam tu, bahan tu kekal dlm daging,kulit walaupun ayam2 tu dah dimasak. Tu yg ramai dpt kesan,cacat, biol sewel

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan