Friday

Misteri "wanita penjelajah masa" terjawab!




Kisah penemuan seorang wanita yang digelar "penjelajah masa" di dalam filem lama tahun 1928 lakonan Charli Chaplin benar-benar mengundang perdebatan hebat di kalangan pengguna internet di forum-forum terkenal seluruh dunia. Hal ini sememangnya membangkitkan persoalan misteri kerana isu ini seolah-olah menentang logik akal.

Hal yang dimaksudkan ialah berkenaan kisah penemuan seorang wanita menggunakan telefon bimbit pada tahun 1928 di dalam filem lama yang dikatakan sebagai "Penjelajah masa". Bagi yang tidak tahu tentang cerita ini sila rujuk link ini, wanita penjelajah masa. Memandangkan isu ini mendapat pelbagai reaksi yang negative dari pembaca MiLo SuaM, maka ReJaM© telah berusaha mencari jawapan untuk menjelaskan kewujudan wanita terbabit selaras dengan logik akal kita semua.

Di dalam entry kali ini ReJaM© sediakan satu bukti yang membolehkan kisah ini diterima akal, diharapkan semua pembaca dapat menerima hujah ini. Secara ringkasnya kesimpulan yang ReJaM© dapat hasil kajian ringkas, Wanita yang ditemui di dalam video tersebut bukanlah seorang "penjelajah masa" seperti yang digembar-gemburkan.

Cukuplah ReJaM© terangkan secara ringkas bahawa wanita terbabit kemungkinan besar hanyalah seorang wanita pekak yang memerlukan alat bantuan pendengaran untuk mendengar. Apa yang melegakan, alat bantuan pendengaran telah dipatenkan oleh syarikat Siemen pada tahun 1924, ini memberikan teori yang selari dari segi tarikh di saat kewujudan that so called "Penjelajah masa" pada tahun 1928.

Jadi secara ringkasnya, tiada konspirasi yahudi, tiada agenda jahat sesiapa, hanyalah sekadar salah paham ataupun wujudnya seseorang yang menjadi pencetus kontroversi untuk menghasilkan cerita yang menarik. Di bawah ini bukti screenshot tentang kewujudan "alat bantu pendengaran" sejak tahun 1924 lagi.
[Sila klik untuk membesarkan image]



ReJaM© "Harap-harap penerangan ini mampu memuaskan hati..."

8 comments

ohhh...betul juga tu..thnx for the info rejam! :)
boleh x nak letak info ni kat blog sy?
agentsil.blogspot.com

This comment has been removed by the author.

BTw kalu tu alat bantuan pendengaran..dia ckp gan spe?tgk muka dia betul2 dia tgh cakap LOL xkn ckp sorang2..

umgnok perlu alaat tu sebb pekak pada kebenaran

betul3x...

mana ada.. salah laa teori kau ni. video ini telah totally di edit laaa..http://www.youtube.com/watch?v=8Ni5cSUZ0u8&feature=player_embedded

temgah korek tahik telinga kot..mana la tau kan..kot2 ada org dok usya dr belakang ka.tu la sbb dia tgk kat belakang..aiyooo..


EmoticonEmoticon