Najib umpan Orang bukan Melayu pulak!


Kesian Najib dah mabuk! Apahal ni Najib? Selalu kata DAP nak rampas hak Melayu?! Dulu kata PKR nak hapuskan hak Melayu?! Sebelum ni kata PAS nak gadaikan hak Melayu! Jadi Orang Melayu kena berhati-hati, Orang Melayu mesti berjaga-jaga!

Tapi hari ni Najib cakap lain pulak?!

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kedudukan orang Melayu serta bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain adalah terkunci kemas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Dewan Merdeka, PWTC semalam, beliau berkata, peruntukan Perlembagaan tidak dapat diubah walaupun mendapat majoriti dua pertiga dalam Parlimen, tanpa kebenaran sembilan raja Melayu.

Dari itu, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung - UTUSAN


Orang Melayu sekarang dah tak payah risau, dah tak payah bimbang, dah tak payah berjaga-jaga! Jangan lagi berhati-hati! Hak dan keistimewaan Orang Melayu pasti selamat! Kah kah kah!

Nampaknya Najib dah tukar strategi! Dia dah tak perlukan kaum melayu lagi untuk menjaga kuasanya! Dia kini nakkan sokongan bangsa lain pulak! Najib sedar kalau tak dapat sokongan bangsa lain MCA dan MIC akan jahanam! 1 Malaysia akan jaahanam! Tinggal UMNO seorang diri mereput sampai mati!



ReJaM©"9 Raja Melayu benteng terakhir Orang Melayu! Tapi Siapa yang pinda kuasa Raja-raja Melayu?"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan