Nama Mahathir lebih popular berbanding Malaysia?

ReJaM© nak kongsi sebuah cerita yang agak menarik berkenaan Perdana Menteri malaysia yang ke empat iaitu Tun Mahathir Mohammad. Cerita ini berlaku semasa ReJaM© masih belajar di salah sebuah pusat matrikulasi di Malaysia. Sewaktu itu di dalam sebuah kelas Bahasa Inggeris yang diajar oleh seorang 'lecturer' India yang merupakan warganegara India.

Hari itu kami baru sahaja menghabiskan cuti semester 1 dan kami dengan semangat berkobar-kobarnya untuk meneruskan sem baru dengan ke azaman yang baru. Pada waktu itu, ReJaM© difahamkn pensyarah dari India ini baru balik dari kampungnya di India sana. Tak tahulah apa nama kampung dia. Dia ada sebut tapi ReJaM© tak ingat.

Semasa lecturer India ni pulang ke kampung, dia disambut meriah oleh orang-orang di kampungnya. ReJaM© bayangkan mungkin kampung lecturer ni benar-benar di kawasan pedalaman yang tidak memiliki jalanraya yang elok, nak ambik air pun kena ceduk dari perigi yang dalamnya 10 meter. Mungkin bekalan eletrik juga tiada, apatah lagi televisyen.

Kesimpulannya bila kawasan pedalaman begitu, tentu sekali sukar bagi penduduk kampung untuk menerima maklumat dari luar, dari kerajaan India, apatah lagi maklumat negara luar. Kalau ada maklumat pun mungkin dari akhbar ataupun dari berita yang disampaikan mulut ke mulut.

Nak dijadikan cerita, semasa lecturer ReJaM© si India ni berada di kampung, ada seorang dua penduduk kampungnya yang bertanya kepadanya di mana dia bekertja i luar negara? Maka lecturer ReJaM© ni pun cakaplah, dia bekerja di sebuah negara di Asia Tenggara, di Malaysia. Masing-masing penduduk kampungnya mengerutkan dahi kerana tidak mengetahui nama Malaysia. Mungkin inilah kali pertama mereka mendengar nama Malaysia.

Apalah ada pada nama Malaysia, kalau nak dibandingkan dengan negara India yang berpuluh kali ganda lebih besar dari tanah jajahan Malaysia ini. Namun yang menariknya apabila lecturer ReJaM© ini bertanyakan sama ada mereka kenal dengan Mahathir? Rata-rata penduduk kampung itu kenal dengan Mahathir yang pada masa itu masih Perdana Menteri Malaysia.

Nampaknya orang-orang kampung di Pedalaman India sana lebih mengenali Mahathir Mohammad berbanding Malaysia. Seolah-olah badan Mahathir lebih besar dari tanah jajahan Malaysia ini. Jelas sekali di sini Tun Mahathir semasa zaman pemerintahannya pandai mempopularkan namanya di arena antarabangsa sehingga meneggelamkan nama Malaysia.

Begitu juga dengan hal seorang wakil berita TV3 yang membuat liputan di Iraq beberapa tahun yang lalu. Beliau pernah dikepung oleh tentera tempatan dan diacukan senjata untuk membunuhnya. Kerana masaalah komunikasi, mereka tidak dapat menjelaskan kepada tentera tempatan bahawa mereka hanyalah wartawan dari Malaysia dan tidak berbahaya kerana mereka bukanlah tentera.

Namun apabila disebut nama Malaysia, malah wartawan itu berkali-kali melaungkan takbir Allahuakbar! Allahuakbar! Mereka tetap ingin membunuhnya. Namun dengan sekali sebutan Mahathir Mohammad! Tentera tempatan itu terus behenti dari mengacungkan senjata. Wartawan tersebut dapat menarik nafas lega daripada dibunuh. Jelas nam Mahathir begitu dikenali di luar negara berbanding nama Malaysia.

Mungkin anda mempunyai pendapat yang tersendiri berkenaan hal ini. Jadi mengapakah hal ini berlaku? Apakah yang membuatkan Mahathir lebih dikenali berbanding Malaysia?


ReJaM©

1 Comments

  1. hehe..klakar..

    sama saja, kalau sebut nama Anwar Ibrahim pun.. orang luar kenal dua nama ni je.

    kalau pergi haji, jumpa org arab..diorang akan ckp
    "malizia? Mahathir bagus..Anwar bagus..."

    sekali tersilap cakap depan wanita Umno

    "huh, Mahathir bagus" tunjuk ibu jari
    "Anwar tak bagus" *geleng2*

    kehkehkeh

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan