Friday

NASA hantar angkasawan selama-lamanyanya ke Marikh



Satu misi yang boleh dianggap sebagai misi gila akan dilakukan oleh National Aeronotic Space Administration, NASA milik Amerika Syarikat apabila mengumumkan satu lagi misi membawa angkasawan ke angkasa lepas. Namun kali ini angkasawan yang terlibat dengan misi ini tidak perlu untuk pulang kembali ke bumi.

Misi itu untuk menghantar angkasawan ke planet Marikh.

SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) merancang satu misi berani untuk menghantar beberapa angkasawan dalam satu laluan sehala bagi membolehkan mereka tinggal di planet lain buat selama-lamanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Idea itu dikenali sebagai Kapal Angkasa Seratus Tahun bagi menghantar angkasawan menjajah planet lain.

Dalam misi itu, beberapa angkasawan bakal dihantar ke planet seperti Marikh dan mereka mengetahui tidak lagi akan pulang semula ke Bumi.

Pengarah Pusat Penyelidikan Ames milik NASA, Pete Worden menyatakan bahawa pihaknya telah menerima pembiayaan sebanyak AS$1.58 juta (RM4.91 juta) untuk memulakan projek terbabit.

Pasukan penyelidik turut menerima wang tambahan sebanyak AS$100,000 (RM310,850) daripada NASA.

"Kami juga berharap dapat meminta beberapa orang bilionair untuk membentuk satu dana dikenali Kapal Angkasa Seratus Tahun.

"Program angkasa lepas sekarang sangat bermatlamat untuk membolehkan manusia tinggal di dunia lain," kata Worden.

Worden juga memberitahu, dia sudah berbincang mengenai kos penerbangan satu hala ke Marikh dengan pengasas bersama enjin carian Google, Larry Page.

Misi tersebut mungkin melibatkan kos AS$10 bilion (RM31 bilion). Dia menyatakan bahawa teknologi-teknologi baru seperti biologi sintetik dan pengubahsuaian genom manusia boleh diteroka dalam misi terbabit.

Worden mendakwa manusia boleh berada di bulan planet Marikh menjelang tahun 2030. - Agensi
[Kosmo]


ReJaM© "Ada seiapa pembaca MiLo SuaM yang berani join misi ni?"

6 comments

Time yg pling sesuai Najib nk tunjuk power dr Mahathir, psl zaman mahathir hanya mampu hantar "pelawat angkasa" tp Najib leh hantar "penginap angkasa"...
p/s: kalu nk tunggu angkasawan Malaysia, puas jenuh dulu rakyat m'sia kena tipu hidup2.. tu pun lom tentu sampai.. ehehehe

dia nak abiskan duit buat bangunan 100 tingkat dulu, nak lawan mahathir...

ayah pin calon ke marikh tapi dia blh pergi balik sesuka hati.teror

susah ni.. ayah pin tak dapat.. nanti dia ngelat.. kang dia takmo buat kajian saintifik lak.. rugi Larry page

Mass effect much?

Valuable information. Fortunate me I found your web site by chance, and I'm surprised why this accident did
not took place earlier! I bookmarked it.



my homepage :: beli jaket wanita murah (http://safe.mn)


EmoticonEmoticon