Nasha Aziz batalkan perkahwinan


PETALING JAYA: Perancangan pelakon dan model, Nasha Aziz, (gambar) untuk melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Nur Iman Tang pada Jun lalu terpaksa ditangguhkan.

Kedua mereka yang turut merancang untuk mengerjakan umrah sebelum pernikahan mereka juga tidak menjadi.

Ketika menemui Nasha pada majlis sidang media sempena tajaan Rafflesia untuk Festival Filem Malaysia ke-23, di Hotel Park Royal, Selasa, dia agak sukar untuk membicarakan berkenaan dengan hal peribadinya kepada pihak media.

Bagaimanapun, selepas dipujuk untuk meminta dirinya berkongsi cerita mengenai status hubungan mereka, kata Nasha, mereka masih lagi pasangan kekasih.

"Alhamdulillah, hubungan kami masih lagi berjalan dengan lancar. Saya memerlukan seseorang untuk menyokong saya dalm segala hal. Dia (Iman) membuatkan saya seorang manusia tahu memilih yang baik dan buruknya.

"Saya rasa Allah S.W.T sentiasa bersama saya dan saya sabar menunggu deminya (Iman).

"Tahun depan, umur saya dah nak masuk 40 tahun. Siapa yang tak nak kahwin. Mungkin anugerah itu (kahwin) saya belum terima lagi daripada Allah S.W.T.

"Andaikan satu hari nanti saya perlu berhenti daripada karier demi seseorang, saya akan buat. Saya sanggup berkorban demi suami," katanya.

Mengenai perancangan menunaikan Umrah, kata Nasha, kekasihnya itu mungkin belum lagi bersedia dan dia sedia menanti untuk Iman benar-benar bersedia untuk mengerjakan umrah.

"Awal-awal, memang dia teruja untuk melakukannya (umrah). tapi bila masanya hampir tiba, dia senyap. Bagi saya, sebagai seorang manusia biasa, terpulang pada seseorang itu untuk membuat keputusan.

"Saya memang ingin membantu kepada orang yang ingin tahu tentang Islam. tapi kalau belum bersedia, saya tak boleh nak paksa. Ia akan hadir sendiri jika sudah bersedia.

"Pada awal tahun depan saya akan menunaikan umrah dan jika dia mahu ikut, terpulang. Sesiapa sahaja yang nak ikut pun boleh.

"Hal-hal agama, terpulang pada orang. Saya boleh memberi sokongan, tetapi bukan memaksa.

"Saya pun tak mahu terlalu merancang, takut tak menjadi pula. Untuk perancangan umrah nantii, saya memilih Visa Ziarah," katanya yang kini banyak aktiviti peragaan di Shah Hai, China.
- mStar



ReJaM©

4 Comments

  1. Hmm... Kemik je nampak idung tuu. Plastik ke?

    ReplyDelete
  2. Kalau mancung baru plastik bro hehe...

    ReplyDelete
  3. Artis pun dah pandai ckp pasal nak bantu bakal suami mendalami Islam. Tapi umngok memfitnah org bukan islam dan menjauhkan org bukan Islam dari Islam. Org bukan Islam ditakut2kan dgn hukum Islam yg akan dibawa oleh PAS, konon zalim dan menakutkan. Didepan org Melayu dikatakan PAS sudah tunduk kepada org bukan Islam, sudah menjual agama.

    Di PPinang umngok sangat jijik dgn wang hasil judi, berlumba2 mengumpul RM100 tapi masih belum diterima kerajaan negeri... tetapi di negeri lain merekalah melantak juta2 RM duit tokeh judi. Malah di melaka duit hasil babi lagi..hahaha

    Tau tak kenapa London Sarkis sudah lama tidak datang ke malaysia? Sebab ada sebuah parti itu dikatakan sebagai sarkis oleh bujang lapuk hahahha.

    ReplyDelete
  4. Artis pun dah pandai ckp pasal nak bantu bakal suami mendalami Islam. Tapi umngok memfitnah org bukan islam dan menjauhkan org bukan Islam dari Islam. Org bukan Islam ditakut2kan dgn hukum Islam yg akan dibawa oleh PAS, konon zalim dan menakutkan. Didepan org Melayu dikatakan PAS sudah tunduk kepada org bukan Islam, sudah menjual agama.

    Di PPinang umngok sangat jijik dgn wang hasil judi, berlumba2 mengumpul RM100 tapi masih belum diterima kerajaan negeri... tetapi di negeri lain merekalah melantak juta2 RM duit tokeh judi. Malah di melaka duit hasil babi lagi..hahaha

    Tau tak kenapa London Sarkis sudah lama tidak datang ke malaysia? Sebab ada sebuah parti itu dikatakan sebagai sarkis oleh bujang lapuk hahahha.


    Alah itu semua lakonan UMNO, ketua bahagian UMNO yang jadi warga tua... inilah parti bangang yang suka menipu rakyat bodoh jahanam
    tak takut dosa....
    janji nak kuasa!
    UMNGOK BE End

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan