Friday

Nik Aziz jual Islam kawan dengan Syaitan


Ucapan seorang pemimpin UMNO Kelantan Md Alwi semasa Perhimpunan Agong UMNO 2010 di PWTC. Si Gila ni mula-mula kata Nik Aziz Jual Islam dan berkawan dengan Syaitan. Lepas tu di pusing pulak kata PAS disayangi rakyat sebab perjuangkan Islam! Baru lepas minum todi kot?

“Kita perlu perbetulkan semua ini.

“Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz?

“Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.

“Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno,” kata beliau ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Md Alwi yang juga Ketua Pembangkang di DUN Kelantan juga menegaskan supaya pemimpin Umno perlu membuang sikap “sombong” yang ada dalam diri dan pada masa sama menyemai semula roh perjuangan parti dengan berdasarkan Islam.

“Umno perlu balik kepada Islam, tidak akan ada orang Melayu kalau tidak kerana Islam.

“Jadi kita perlu kembali kepada Islam, apa yang penting adalah kita perlu menjaga dan mempertahankan akidah,” katanya.

Tambah beliau, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.

“Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini.

“PAS ini celaru,” kata beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional Kelantan.

Md Alwi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas berkata pemimpin Umno perlu turun ke padang untuk menemui rakyat bukan hanya duduk di atas sahaja.

“Umno bagi segala-galanya tapi adakah rakyat sokong kita?

“Saya nak tanya kenapa kerajaan PAS rakyat sayang? Kenapa Umno tidak? Ini kerana PAS berjuang kerana Islam.

“Saya tegaskan di sini bahawa kekayaan tidak menjamin kasih sayang. Jadi kita perlu mengubah persepsi ini, pemimpin perlu turun ke bawah menemui rakyat,” katanya. Sumber: M.insider

[Klik untuk membesarkan image]




ReJaM© "Apalah yang kau melalut ni Syaitan?!! Mengarut mencarut!"

8 comments

Mana st yg dia nk ckp sebenar? Mngkin antara nak mengampu atau hakikat sebenar? Aku rasa lidah dia jd kelu kot, dlm dok nk hentam orang, 'terpuji" plak...
p/s :
* cover... jgn x cover..
* Perhimpunan UMNO seringkali byk nk hentam org jer... visi dn misi perjuangan ntah mane kale.. ataupun visi dn misi main hentam je eik.. janji big boss happy..

Ini yang dikatakan bercakap asalkan mulut berbunyi!

Orang UMNGOK di Klantan takde beza dengan orang-orang gila. Kat perhimpuna tu je la diorang bleh lepas geram, hina, caci, membelit. Kalau kat Klantan mane bleh. Bukan sebab takut K'jaan Klantan, tapi sumer rakyat klantan dah kenal dengan perangai puak2 UMNGOK ni. Sumer kaki pembelit, pembohong, tau cakap je, tambah lagi jahil agama. Mane orang klantan nak amik peduli.

nak tanya, siapa yg jual islam sebenarnya.. pemimpim UMNO ke pemimpin PAS, isu terbaru sekarang ni.. siapa yg hina Islam & Rasulullah.. bini pemimpin UMNO ke atau pemimpin PAS?????

nak tanya, siapa yg jual islam sebenarnya.. pemimpim UMNO ke pemimpin PAS, isu terbaru sekarang ni.. siapa yg hina Islam & Rasulullah.. bini pemimpin UMNO ke atau pemimpin PAS???

Biasalah bro UMNO ni memang bangang!

memfitnah orang menghina rasulullah pun teruk juga. :)

memfitnah orang menghina rasulullah pun teruk juga. :)

Inilah gaya UMNO baling batu sembunyi tangan! hit and run kah kah kah... nama pun tak berani taruk! senang sikit nak lari betul tak
Anonymous | October 21, 2010 6:39 PM ? kah kah kah

kalau letak nama pun, nama org lain.. sama aje.. :)


EmoticonEmoticon