Orang kuat Sarawak sedia masuk gelanggang

Ahli politik heavyweight Sarawak Salleh Jafaruddin kini bersedia kembali masuk gelanggang untuk menghadapi pilihan raya umum negeri itu yang akan datang.

Bekas timbalan menteri pelajaran itu bagaimanapun masih belum menyatakan akan menyebelahi parti politik yang mana.

Beliau meluahkan perkara itu kepada Malaysiakini dalam temu bual di rumahnya di Petaling Jaya.

azlan

Terdapat spekulasi kamu mahu kembali aktif dalam politik Satawak. Adakah ini benar?

Saya tidak pasti daripada spekulasi ini muncul. Perkara ini menarik memandangkan saya sudah lebih 20 tahun tidak terlibat dalam arena politi.

Tetapi saya mesti katakan, ia berbaloi untuk dipertimbangkan. Saya banyak masa lapang sekarang. Kesihatan pun baik. Banyak teman-teman menggalakkan saya kembali membantu pemimpin muda di Sarawak.

[Bekas presiden Pervez] Musharraf juga merancang kembali dan memimpin Pakistan, Kembali ke rumah, hingga Umno pun minta Tengku Razaleigh Hamzah jadi calon di Galas.

Saya kadang-kadang rasa, jika seseorang itu merasakan masih mampu menyumbangkan perkhidmatannya kepada negeri dan negara, dia perlu menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Kembali dan berkhidmatlah jika perkhidmatan kamu masih diperlukan. - Malaysiakini

ReJaM©

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan