PAS beri RM 250 adakah ia satu bentuk rasuah?

Hari ini PAS mengumumkan untuk memberikan wang perbelanjaan sebanyak RM 250 kepada pengundi dari luar DUN Galas yang sudi untuk pulang mengundi. Adakah ia satu bentuk rasuah? Sekiranya ini dikira satu rasuah, kita sebagai pejuang kebenaran seharusnya menentang tindakan PAS ini.

Namun dari penelitian ReJaM©, PAS berjanji untuk memberikan RM 250 kepada pengundi dari luar DUN Galas, namun tidak menyatakan untuk memujuk mereka untuk mengundi PAS. Maka dari kata-kata ini jelas sekali PAS akan tetap memberi wang tersebut meskipun pengundi terbabit mengundi calon pihak lawan.

Jadi konsep pemberian wang ini jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan konsep Najib semasa di Sibu iaitu "You help me, I help you!".

PAS akan membayar sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar DUN Galas bagi menampung kos perjalanan mereka untuk keluar mengundi pada 4 November nanti.

Pengarah jentera pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil itu, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, bayaran itu bukanlah satu bentuk rasuah.

Katanya, bayaran tersebut hanyalah untuk memudahkan kumpulan pengundi berkenaan, sejumlah 1557 orang bagi keluar mengundi.

"Kalau pengundi luar ini tidak balik, kita risau juga.

"Kita tidak mahu jumlah keluar mengundi kali ini kurang daripada 81 peratus," katanya.

Sejumlah besarnya merupakan 675 orang pengundi Melayu dan 215 orang pengundi Cina yang berada di luar Kelantan.

Seramai 290 orang pengundi berada di luar kawasan DUN Galas manakala seramai 372 orang pula berada di luar kawasan parlimen Gua Musang, katanya lagi.

"Kita berjanji lepas mereka mengundi kita akan bayar kepada mereka," katanya dalam satu sidang media hari ini. - Malaysiakini


ReJaM© "Pengundi luar DUN Galas jangan lupa pangkah PAS!"

6 Comments

  1. Ye la, ingat murah ke tambang bas ngan minyak skang nih? Sapa yg naikkan harga minyak? sapa yg rompak minyak kelantan? Sekurang2nya PAS bagi ni dapat la cover kos balik kelantan sikit.

    Puak2 UMNGOK BengoNg mesti akan cakap duit rasuah. Buat bodo je la.

    ReplyDelete
  2. alahai 1 lg isu...yg korg dok keje jauh2 pastu blik stakat bercuti x mengundi baik korg tkar je kawasan...x yah balik2...biar mak bapak korg je mengundi...korg dtg pn wat line panas je terlompat2 mcm monyet...

    ReplyDelete
  3. ini baik,kita bantu mereka supaya mereka dapat jalankan tanggungjawab sebagai pengundi.sepatutnya SPR yg kena buat kerja ni,bukan PAS.

    ReplyDelete
  4. Kepala otak kau anon 12:17. Diorang balik brcuti pon time cuti, ni ari mengundi jatuh ari bekerja. Ko ingat sume org bleh cuti free2 ke? Kalo diorang trpaksa amik cuti tnpa gaji camner? Ko nak tolong bayar?

    ReplyDelete
  5. anon 12:17. pencacai tua angkat najis... ade otak pakai ler jgn ikut sedap mulut jer bercakap tuh....

    ReplyDelete
  6. Ni yg betul punye apa yg pas buat..
    xmcm tmpat saya yg mane berlaku dahulu..
    perantau disuruh balik mengundi dan dijanjikan akan bg rm200
    apabila hbs mengundi..perantau pun gi mntk duit yg kate nk bg tu.
    tp ape yg jadi...die tnye bdk tu mcm ni...(kau anak sape?). (ayah kau orang PAS kan? ) jadi, die pun xbg duit tu..ni orang BN punye hal ni...nmpk sgt xbetul cara die...rakyat pun rase benci klau cam ni..bkn duit die pun, duit rkyt jgk...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan