Pecahan pengundi mengikut kaum PRK Galas



Pecahan pengundi berdaftar mengikut kaum bagi Pilihanraya Kecil, PRK DUN Galas menunjukkan majoriti pengundi terdiri daripada kaum melayu seramai 7,069, diikuti kaum cina 2,262, kaum asli 1,958 dan kaum india seramai hanya 179 serta lain-lain kaum sebanyak 179. Jelas sekali di sini, kaum asli memainkan peranan penting menjadi penentu kemenangan calon memandangkan jumlah mereka yang tidak kurang memberikan impak kepada keputusan PRK Galas.

Lantaran itu tidak hairanlah kedua-dua pihak kerajaan (PAS) dan pembangkang (BN) berusaha mengambil hati kaum asal bagi mendapatkan jaminan kemenangan memandangkan trend biasa pengundi Melayu dan Cina dilihat 50-50. Namun sekiranya trend pengundi dianggap serupa seperti beberapa PRK yang lalu di beberapa tempat lain, iaitu kaum cina memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat, sementara kaum Melayu dalam keadaan 50-50, maka kemenangan dilihat cerah untuk pakatan rakyat.

BN= Melayu 3,500
PR= Melayu 3,500 + Cina 2,000
*anggaran kasar


Namun suasana PRK di Gua Musang agak unik memandangkan ia boleh dianggap sebagai kubu kuat BN di Kelantan kerana pengaruh Ku Li. Sekiranya trend di atas menyebelahi BN maka sekali lagi pengundi orang asal memainkan peranan penting utuk kemenangan PR.


ReJaM© "Kalau dilihat kebiasaannya kaum cina tidak mudah berubah hati, ReJaM© meramalkan kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan