Thursday

Pembinaan gereja, penduduk kuching kecewa



Saya ingin merakamkan rasa dukacita dan terkilan atas pembinaan gereja di Taman Sri Perkasa, di Jalan Matang, Kuching yang rata-ratanya dihuni oleh penduduk Islam.

Projek pembinaan gereja di dua lot kosong di taman ini berlaku tanpa pengetahuan penduduk. Projek ini berlaku secara tiba-tiba setelah satu majlis pecah tanah diadakan pada 19 September 2010.

Pembinaan bangunan pula berlaku dengan pantas setelah majlis pecah tanah tersebut. Ini menimbulkan rasa resah dan bimbang penduduk akan aqidah anak-anak Islam yang mungkin terjejas akibat pembinaan gereja ini.

Untuk makluman, lokasi pembinaan tersebut sepatutnya menjadi lokasi bagi 'community hall' dan satu lot lagi merupakan lot utk 'government reserve.' Apabila ditanya kpd pihak Majlis Perbandaran Padawan, mereka mendakwa tidak tahu menahu akan hal ini, tetapi enggan mengambil sebarang tindakan atas alasan di luar tugas rasmi mereka walaupun kedua-dua lot tersebut adalah di bawah seliaan Majlis Perbandaran Padawan.

Lokasi pula berhadapan dengan institusi pendidikan Islam iaitu Taska Syahirah dan Tadika Hikmah dan di kelilingi oleh rumah-rumah penduduk Islam. Yang menjadi persoalannya, adakah pembinaan gereja boleh dilakukan di mana-mana tempat tanpa mengira lokasi dan penduduk di sekitarnya?

Setakat hari ini, tidak ada sebarang tindakan daripada pihak Majlis hal ehwal Islam negeri berkaitan hal ini walaupun laporan sudah dibuat. Pihak berkuasa tempatan dan pemaju pula masing-masing cuba lepas tangan dan enggan dipersalahkan dengan mengatakan tidak bertanggungjawab dalam projek tersebut.

Di manakah lagi penduduk Islam Taman Sri Perkasa ini dapat mengadu dan mempertahankan lot tersebut jika tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berwajib? Kami merasa sangat tertipu dan sedih kerana tiada pembelaan bagi kami sedangkan projek dibina dengan rancak sekali.

Kami berharap keharmonian hidup di taman ini tidak dicemari oleh bunyi loceng gereja sedangkan masih ada lokasi lain yang lebih sesuai boleh dijadikan tapak pembinaan. Jangan kerana konsep 1 Malaysia kaum lain bebas berbuat sesuka hati tanpa mengira sensitiviti penduduk beragama Islam, agama rasmi negara ini.

Jangan sampai konsep 1 Malaysia merosakkan masa depan kaum Melayu Islam di negara ini.



ReJaM©

17 comments

Assalamualaikum kepada tuan/puan pengadu yang tidak bernama,

Saya juga ingin berkongsi buah fikiran dengan tidak bernama, cukup dengan gelaran 'beri pendapat' bawah tu. Tuan/puan mempunyai hak penuh ke atas aduan tersebut, namun bukalah minda buat sejenak.

Lebih baik saya berterus-terang dalam hal ini, bahawasanya hanya kerana rata-rata orang Melayu terlalu tinggi sensitiviti nya (ataupun terlalu sensitif), mudah terguris, senang terhiris hati di sanubari dalam pelbagai isu, janganlah pula nama Islam dijaja-jaja, kononnya "sensitiviti penduduk beragama ISLAM" tidak diambil kira dalam konteks pembinaan gereja tersebut.

Sebelum ada pihak yang mula berfikir bahawa Si 'beripendapat' ini adalah "penganut Kristian yang menyelinap masuk berpura-pura seorang Islam untuk memusnahkan Islam dari dalam", ingin saya maklumkan, saya orang Melayu, agama Islam pulak tu. Kecuali sekiranya tuan/puan berpendapat bahawa pendapat saya beza - terlalu berbeza, melewati batas hukum, atau "liberal" lah kononnya bak kata orang kota, terpulang untuk tuan/puan membuat spekulasi liar. Saya tak kisah.

Yang saya kisah ialah tuan/puan, bahawa adanya gereja - ataupun kuil Hindu maupun kuil Buddha jika itu yang lebih dibenci oleh komuniti Melayu (Melayu mana ni?) - di hadapan (tepi-belakang-kiri-kanan) rumah seseorang, teramatlah tiada kaitan dengan soal aqidah.

Kerana di sini yang saya lihat isunya ialah prejudis orang Melayu (Melayu mana ni?). Saya pasti tuan/puan tentu hairan sekali, bagaimana ya Si 'beripendapat' ni mengaku Melayu tetapi "mengguris menghiris" hati Melayu. Tak perlu hairan, cuma tuan/puan fikirlah sejenak, tatkala perasaan (perasaan apa?) anda meluap-luap melihat jentolak dan mesin pembinaan menyiapkan gereja tersebut, apa perasaan meluap-luap itu bersandarkan hukum, ataupun prejudis. Fikir dan tanya dengan hati yang ikhlas.

Sebagai penutup kepada komen saya yang tidak seberapa ini, ingin saya lihat bahawa minda dan ruang fikiran orang Melayu Islam semenanjung, janganlah diterap ke dalam fabrik masyarakat Sarawak, khususnya komuniti Melayu Sarawak. Kalau ingin dijelaskan, mungkin lain kali sahaja, tetapi yang pasti jika tuan/puan telah cukup lama makan minum tidur jaga di Sarawak amnya, dan di Kuching khasnya, tuan/puan patut tahu bagaimana masyarakat Sarawak hidup sesama mereka.

Sekian.

saya cukup kecewa dengan,aduan ini.pernahkah org yg beragama kristian mengadu tentang pembinaan surau di kawasan yg majoriti penduduk nya beragama kristian.di kwsn padawan saja bertapa byk surau yg dibina di kwsn majoriti penduduk yg beragama kristian.berkaitan dgn bunyi loceng.seminggu sekali ja dibunyikan.klu kat surau berapa kali sehari membuat bising mengganggu penduduk kristian.sapa yg menganggu????

Saya tak kisah orang nak bina gereja,tokong,kuil,surau dan apa-apa rumah ibadat sbb 'Malaysia boleh'.Tapi yg saya terkilan tentang pembinaan rumah ibadat tersebut ialah:
1.Lot tersebut yg terletak di tengah2 Tmn Yen-Yen, Lee Ling dan Tmn Sri Perkasa dengan ramai penduduk yg berbilang bangsa dan kalau nak kira majoriti mungkin muslim.
2.Masa saya membeli rumah di Taman Sri Perkasa,saya tidak tahu menahu di lot tersebut akan didirikan gereja.
3.Pada setiap petang ramai penduduk yang berjogging,main layang-layang,kanak-kanak bermain bola,berbasikal dan berbagai aktiviti tanpa kemudahan yang sempurna di lot yg kosong tersebut.Kerana lokasinya ditengah2 taman perumahan, luas dan lebih selamat daripada daripada berjogging dijalan raya.
Adalah lebih baik sekiranya lot tersebut dibina kemudahan yang menguntungkan semua penduduk yg berbilang kaum dan agama di taman-taman sekitarnya dan tapak untuk membina rumah ibadat seperti itu masih luas lagi ditepi kawasan perumahan tersebut.

salam,

1. Kalau nak kira majoriti Mungkin muslim, makanya seolah-olah ada pihak yang cuba menggambarkan bahawa umat Islam ini sesungguhnya penuh prejudis. Entah apa sebenarnya punca kekecewaan dan kekilanan ini, kurang diketahui kerana balik-balik nama Islam/Muslim yang dijaja dalam isu ini.

2. Tahu tak tahu, yang pasti tuan/puan pengadu Tahu sekarang akan komposisi komuniti di Sarawak, atau di Kuching khususnya. Macam-macam orang dan macam-macam kepercayaan di sini, berilah masa kepada diri tuan/puan pengadu - setahun, dua tahun - untuk memahami kehidupan bermasyarakat majmuk. Jika masih gagal, barangkali berhijrah lebih baik. Mungkin ke Semenanjung tanah melayu.

3. Iya, lot yang kosong. Namun pernahkah diselidiki bahawa lot kosong itu mungkin milik peribadi? Apakah jenis orang yang mengaku Islam ini jika mengikut suka hati "berjogging, main layang-layang, kanak-kanak bermain bola, berbasikal" di atas tanah milik orang?

Kadang-kadang kita sebagai Muslim kena dok fikir sejenak, masak-masak.

bagi pendapat saya.janganlah menggangu kedamaian di sarawak tuk.saya rasa mungkin pengadu ini bkn org sarawak.dan xtahu erti hidup harmoni yg selama ini pernah rakyat sarawak bina.hanya untuk bermain layang2 anda sanggup mengadai keharmonian yg kami bina selama ini

apalah korang ni?pasal nak bina gereja pun nak bising...mcm budak2...kalau masjid dibina takadapun nak megaitkan hal sedemikian....tanah ornglah...tempat berjogginglah...macamlah negara ini dipunyai oleh satu bangsa saja...fikir2 lah sendiri

bg pendapat saya lah.klu hidup nie xnak diganggu bunyi bising.xnak terima tpt ibadat.bgs tinggal dlm hutan sorang2 dengan monyet.sbb kita tinggal dgn masyarakat majmuk.kita sepatut nya terima keadaan ini.kalau kt hutan.suka hati lah nak main layang2 ka.jogging.xda bunyi bising gereja.

Apa yang susahnya? Kita buat saja undian di sitok, kita lihat berapa ramai penduduk yg sokong dan berapa ramai yang menentang? Siapa majoriti ikut saja kehendak mereka... baru lebih adil! itu pendapat kamek jak... terpulang kau orang!

Salam,

Di Sarawak/Sabah kepelbagaian masyarakat adalah perkara 'BIASE'. Andai tidak tahan dengan kepelbagaian ini, carilah kedamaian di daerah/negeri lain.

Mungkin di negeri lain orang boleh menyarung Songkok dan menjerit memekik menghina golongan lain, tetapi tidak di Malaysia Timur.

Terkejut kmk baca komen org islam di ruangan tok, dah kedak sik tauk jak tgjwb berjihad ke jln Allah. Istigfarlah bnyk2 wahai tuan/puan beri pendapat mun kitak benar2 muslim. Mun sik setuju perjuangan muslim lain jgn hina dan tonjolkan kejahilan sdr. MAaf atas kenyataan tok tp pendduduk2 islam sitok kecewa kerana ditipu sbb masa beli rmh ya dlm pelan ditulis tapak community hall, government reserve, tadika dan sekolah rendah. Mun tapak church ya nang ada dlm pelan, sikdalah kmk org beli rmh di sitok. Bnyk gik tempat lain boleh kmk org beli, sik perlu susah2 camtok. Siap kena hina lg dgn kaum seagama sdr.Ktk mgkn bkn PENDUDUK ISLAM sri perkasa, sbb yalah ktk boleh pikir cam ya. Apa di tmpt tinggal kitak ada church ka di bina di siya. Mun sikda, bagus ktk mintak maaf pd penduduk sitok atas comment yg sik patut mun benar kitak org islam (melayu sarawaklah kononnya). Camne tanah cam ya boleh jadi tanah persendirian sdgkan bukannya detached lot, mngkn tuan beri pendapat 29 oct sik tauk setiap tmn perumahan nang ada lot khusus utk tmn permainan dan tempat utk kegunaan komuniti. Lgpun ada dlm perlembagaan menyatakan kaum lain bebas beragama dan boleh bina tempat ibadat asalkan tidak mengganggu keharmonian agama Islam sebagai agama rasmi. Mun camtok, dah terganggu keharmonian di kwsn tok. Utk makluman tuan beri pendapat 16 oct, sidak yg memperjuangkan isu tok adalah penduduk Islam yg terdiri drpd bukan jak melayu tp melanau dan yg convert skali dan rata2nya org sitok, org sarawak. Free2 molah dosa tuduh org semenanjung. So, pikir2lah dan solat taubatlah ktk mun ktk nang muslim dan mmmg tunaikan solat. Mohon ampun dan maaf atas comment tok wahai si beri pendapat 16 & 29 oct, tp kmk benar2 berharap ktk akan beristigfar, mengucap dan renung kembali apa dikomen kitak. Pintu taubat sentiasa terbuka bagi setiap HAmba Allah.Mohonlah keampunan daripadaNya.

Wahai saudara anonymous, mgkn saudara saja yg tidak tahu bahawa penduduk kristian juga membantah pembinaan masjid di Taman Matang Jaya dan taman Malihah walaupun sudah ada 4 gereja di Taman Malihah. Mungkin tuan/puan tidak tahu kegunaan masjid/surau yg jauh berbeza dgn rmh ibadat saudara. Masjid/surau dibina krn umat Islam sujud kepada Allah (tuhan pencipta sekelian alam) lima kali sehari dan masjid/surau terbuka kepada semua umat islam tidak kira bangsa, warna kulit atau mazhab sedangkan rmh ibadat kristian terbahagi kpd pelbagai fahaman dan pengikut fahaman tertentu sahaja yang pergi beribadat di rmh ibadat tertentu masing2. Satu masjid dpt digunakan oleh semua umat islam tetapi satu gereja hanya dpt dimanfaatkan oleh penganut satu fahaman sahaja. Umat Islam akan berhenti di surau atau masjid untuk sembahyang jika tidak sempat pulang ke rumah utk berbuat demikian sbb itulah pentingnya dibina masjid dan surau di banyak tempat dan azan dilaungkan lima kali seharisebagai peringatan kepada umat islam utk bersembahyang dan sujud kepada penciptanya dan itulah bezanya kita......

'kematian hati seseorang itu dapat diketahui ketika ia meninggalkan ibadah,senang melakukan dosa,tidak peduli dengan sebutan buruk,merasa aman dari kemurkaan Allah dan mencela orang-orang soleh.' Bertaubatlah wahai Islam yang terlalai dan sedarlah bahawa keharmonian akan wujud jika ajaran islam diamalkan dalam kehidupan seharian, bukan kerana sudah dipupuk dr turun-temurun sahaja. Apa yg diturunkan dr warisan boleh dilupakan tapi ajaran yang diamalkan tak akan pupus. Jangan sesuka hati merendah2kan perjuangan org lain yg mngkn lebih hidup hatinya. MasyaAllah, nauzubillah

Salam,

Saya sesungguhnya tidak terkejut andai ada yang terkejut dengan segala komen saya sebelum ini. Seperti yang sudah diterangkan sebelumnya, saya sudah menjangka kekejutan sedemikian.

Puas juga saya mendengar perkataan-perkataan seperti 'perjuangan', 'jihad' dilaungkan dengan mudah lagi sewenang-wenangnya seolah-olah pengertiannya tidak lebih dari secebis seluar dalam buruk. Kelakar.

Baiklah, sebelum saya menyimpang (atau menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar menurut tafsiran yang tertentu), saya tidak perlu penilaian dalam menentukan "kitak/kamek benar2 muslim" karena hakikat "kamek" beri pendapat yang berbeza.

Makanya yang BENAR-BENAR MUSLIM sahaja yang merasa dah terganggu keharmonian di kawasan ini?

Izinkan saya bertanya dan izinkan diri menjawab, dari segi apakah keharmonian ini terganggu? Terangkanlah dari seorang Muslim ke seorang Muslim, maaf... dari Muslim sejati ke muslim yang (sesat?). Sudah saya tertanya-tanya, karena yang saya kesan di sini yang kuat adalah semangat prejudis. Semangat jihad dan hujah? Jauh sekali.

Melayu Islam Semenanjung delete 27 November 2010 at 07:16

Apa-apa jelah korang. Ntah apa2 ntah, sesama sendiri pun nak bertelagah, patutlah tanah air senang dijajah. Sesama sendiri pun tak bersatu hati. Sudah pasti yang lain ketawa riang. Henti2kanlah. Kalau x setuju dok diam2 n membebel di rmh dgn anak bini atau dgn anak dan laki cukuplah. Jgn hina org lain nak bela hak sdr kalau awak tu bkn org kat situ. Yg penting jgn nak tuduh2 org semenanjung ye, kawan. Wpun sy x terlibat dlm kes ni,kalau libatkan kaum keturunan sy marahlah jugak sy sbb sy melayu islam wpun tak duduk di sarawak, sy aman-damai je kat semenanjung ni ye sbb hak semua kaum dipelihara. rasa2nya elok saudara baca artikel 153 perlembagaan persekutuan, mngkn br tuan tahu kenapa org semenanjung bersuara perjuangkan hak yg tak diiktiraf oleh saudara. Di Sarawak sy x taulah ye, apa2 pun jgn mengata org lain jika x faham masalah org. Yg penting jgn libatkan kaum melayu semenanjung dlm kes di sarawak.Peliknya... Saudara ni melayu ke?????

Kenapalah nak bergaduh kerana pembinaan hanya sebuah gereja. Bagi saya ini lebih adil kerana di Taman Matang Jaya turut dibina sebuah masjid dan Taman Yen-Yen memang telah ada surau. Jangan bawa anasir Malaya ke Sarawak. Cuba lihat di Lutong, Miri, Gereja dibina bersebelahan dengan gereja,...tiada masalah. Tak kan hanya kerana gereja dekat dengan rumah, akidah anak terjejas.......teori apa kah ini? Kita kena faham, di Sarawak majoriti adalah orang Dayak yang kebanyakkannya beragama Kristian, dicampur dengan Cina. Gereja Methodist kebanyakkan dianggotai oleh orang Cina. jadi biarkanlah.....Jangan bergaduh.....hidup aman damai.....

amat nyak kaban_kitai,

lelah kami madah nggau sidak ya

teman anonymous..........mungkin teman bercakap tidak berdasarkan fakta.semua umat kristian boleh bersembahyang dalam mana2 gereja.agama kristian xpernah melarang umatnya bersembahyang di gereja lain.jangan lah nak mencemarkan agama org lain dengan menuduh sebarangan.hukum nya berdosa klu menuduh sebarangan..bertaubat lah sementara tuhan masih beri kita masa utk bertaubat


EmoticonEmoticon