Wednesday

Penyokong Bola Kelantan Mati sesak nafas



ReJaM© ada terdengar tentang berita penyokong bola Kelantan yang mati akibat sesak nafas pagi tadi, namum tak dapat disahkan. Tetapi petang ni tadi baru bukak laporan akhbar memang sah sebab dah keluar berita. Pelbagai versi cerita dapat didengar terutamanya dari facebook.

Ada yang mendakwa penyokong bola sepak kelantan itu mati kerana dibunuh, ada yang kata dia mati kerana dipijak saat keluar dewan dan sebagainya. Tapi bila dah keluar berita ni dah sahihlah sebab kematiannya.

Semoga akhir kalam hidup kita dalam keadaan sebaik-baik kematian.


KUALA LUMPUR: Seorang penyokong pasukan Kelantan mati dipercayai akibat sesak nafas ketika bersesak keluar dari Stadium Shah Alam selepas tamat perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin, berkata mangsa yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dari Bachok dan bekerja sebagai pegawai keselamatan, telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata mangsa yang duduk di Aras 5 stadium berkenaan, ditemui pasukan paramedik ketika mula mengalami sesak nafas, bagaimanapun mengatakan dia okay ketika ditanya mengenai keadaannya.

"Menurut rakannya, si mati pada mulanya mengalami sesak nafas ketika perlawanan berlangsung, namun, ketika ditanya sama ada okay atau tidak, dia kata okay.

"Namun keadaan mangsa semakin teruk ketika mahu keluar dari stadium selepas tamat perlawanan dan dia rebah ketika menghampiri gerai menjual cenderamata sebelum meninggal dunia," katanya kepada Bernama.

Ketika itu, berlaku sedikit kekecohan di luar stadium sejurus tamat perlawanan selepas penyokong kedua-dua pasukan melakukan provokasi terhadap lawan masing-masing, namun berjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Noor Azam berkata setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan mengenai angkara vandalism terhadap kereta.

Sementara itu, beliau berkata seorang penyokong Selangor cedera di kepala dipercayai dibaling dengan objek.

Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah.

Pada perlawanan suku akhir pertama itu, tuan rumah terikat tanpa jaringan dengan Kelantan, dan perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke 1V di Kota Bharu, Sabtu ini. - BERNAMA

Di bawah ini salah satu screenshot desas desus yang ReJaM© terima pagi tadi sebelum berita ini dapat disahkan. Sila klik untuk membesarkan image.





ReJaM©

17 comments

MEMG ADA PENYOKONG YAng kena tikam...
memg sengal media yang xmelaporkan...

Kawan aku kena pukul dengan penyokong selangor! tapi media tak nampak! tapi kawan aku hidup lagi!!! separuh mati lah... media bodoh tak lapor!

yNG KT PINTU MN KENA TIKAM????

smue nak tunjuk kuat

apa gadoh2 tgk bola sudah la.......

kalau bukan sebab fans KELANTAN yang SERABOT tuu , semua nie takkan jadi laa... korang yang takde akal...

Apapun kita anggaplah sebagai takdir yang menimpa arwah.Jangan kita komen benda-benda yang tak baik tentang arwah, kita kena jaga hati keluarga dia,anak isteri dan kaum kerabatnya. Kita terima ketentuan takdir. Setiap yan hidu akan mati.Kita juga akan mati bila sampai saat dan ketikanya. Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk Allahyarham dan juga kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.Bersikap profesionallah dalam memberi komen.Jangan libatkan sentimen atau kebencian kepada sesuatu negeri.Kalau negeri tesebut rakyatnya jahat.adakah rakyat negeri lain tu semuanya baik belaka ? Jangan kita beremosi dalam hal ini. Jangan kita buat penilaian tentang sesuatu kelompok itu dengan menggunakan kepala lutut. Guna dan jana akal fikiran kita sebaik mungkin.Ingat,kalau keluarga kita yang kena, apa perasaan kita jikalau orang lain menuduh kita dengan perkara yang buruk. Al-Fatihah untuk Allahyarham dari Bachok.Harap keluarganya sabar menghadapi dugaan ini.

penyokong kelantan ni kalau nengok bola mengalahkan kan beruk sikit..mana gi pun nak gaduh sama la masa lawan final ngan n9 dulu ramai penyokong n9 kena pukul kat luar stadium sampai keta pun kena pecah kat stesen komuter..
diorang ni patut duk dalam hutan jer lawan bola ngan monyet..

Jika kita mengatakan seseorang itu tidak ada akal,bermakna kita sebenarnya idak ada akal dan kurang waras @gila.Kalau kita waras,kita tidaklah mencaci orang lain tanpa mengetahui sebab yang sebenarnya.Kita cuma dapat berita yang ditulis, kebenarannya belum tentu betul dan boleh diterima-pakai oleh semua. Gunalah fikiran dan kebolehan kita untuk manfaat ummah dan agama serta negar kita yang tercinta ini.

Janganlah kita mengatakan orang sesedap hati kita.Pulak tu angkat atas nama negeri pulak.Bila dan waktunya kita nak mintak maaf kepada seluruh rakyat kelantan yang kita tuduh sebegitu rupa. Jangan nak samakan manusia dengan binatang di dalam hutan. Kita ni baik sangat kah? Kalau anda rasa anada baik,saya percaya anda tidak sdanggup mengatakan dan menyamakan penyokong Kelantan itu seperti beruk.Dosanya amat besar,Nabi tak suruh umatnya menghina orang lain.

"Tidak beriman seseorang hamba itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya" Renungkanlah.

Pihak petugas mediapun satu hal.Laporan anda janganlah berat sebelah.Jadilah petugas media yang berintegriti dalam melaporkan sesuatu laporan yang anda tulis. Sebenarnya kita akan dipertanggungjawabkan di depan Allah di akhirat kelak atas apa yang kita tulis. Jadi bertanggungjawablah sikit dalam membuat laporan akhbar atau para penulis blog.Jadilah blogger yang beriman dan mengikut ajaran Rasulullah dan perintah Allah yang terkandung dfalam Al-Quranulkarim dan Al_hadith.

Kepada dinda Irwan Canjunk...janganlah anda membenci sesuatu negeri kerana sesuatu accident yang berlaku hari tu sebagai tempat untuk melepaskan kemarahan dan beremosi tanpa menggunakan akal yang waras. Ingat, apa yang kita tulis itu akan menyakitkan hati orang lain.Manusia sebenarnya penuh dengan dendam.Jadi eloklah anda berhati-hati dalam memberi sebarang komen dalam blog kerana ramai yang mengikuti tulisan dalam blog ini. Tak baik cakap macam tu. Allah itu adil dan seadil-adilnya ke atas makhluknya.

kepada anda² yang mngutuk penyokong kelantan tu semua.anda seharusnya berfikir dahulu.bukan semua pnyokong kelantan yang buat kacau.ada juga penyokong lain yang buat kacau.tipu r kalau dalam ramai² penyokong team lain xde yang bangang sorang pon. memang negeri korang akan aman dan damai n xperlu ade polis r kalau satu pon x de yang bangang.situasi nya sekarang same je.penyokong mane² pon same je.cuma xsemua.jadi kepada yang mengata penyokong kelantan tu harap anda dapat turut memasukkan perkataan "segelintir saja" jika anda nak mengata penyokong kelantan. jika ada di antara penyokong anda yang bersikap bangang n kami kata semua penyokong anda adalah bangang maka anda juga akan marah.anda semua ada akal. kta ciptaan ALLAH S.W.T..walaupon x sempurna tapi masih dikurniakan akal.pikir² la jika berkata-kata.

kalau seri nak jadi anak jantan ambik satu kumpulan dari setiap penyokong. lepas abis perlawan kalau tak puas masok dalam padang behentamlah dalam padang siapa menang siapa kalah diam2 jangan libatkan orang luar atau meusakkan harta benda awam.

xyh nk tunding jari...dua2 pon budus...

mati sia-sia bodoh!!!


EmoticonEmoticon