Perancis mungkin akan alami kekurangan minyak


PARIS- Akibat dari tentangan terhadap peningkatan had umur persaraan yang diunjurkan oleh Nicolas Sarkozy President Perancis, negara itu berkemungkinan menghadapi kekurangan minyak akibat dari tindakan mogok oleh pekerja-pekerja di pelbagai loji penapisan minyak di negara itu. Justeru itu pemerintah Perancis menasihatkan orang ramai agar tidak tergesa-gesa membeli bahan api itu kerana dibimbangi kemerosotan lebih cepat terhadap simpanan bahan api negara.

di dalam mogok yang dilakukan itu, pelajar-pelajar membuat telah halangan ke sekolah dan ada juga sebahagiannya yang melontar batu-batu ke arah pihak Polis Perancis. Para pegawai yang terlibat turut memberi amaran bahawa protes menentang tindakan menaikkan umur persaraan dari 60 kepada 62 tahun itu mungkin tidak dapat dikawal lagi.

Pemerintah menyatakan sebanyak 342 sekolah menengah di Perancis telah terjejas namun pihak kesatuan sekerja pula menjangkakan bahawa angkanya mungkin mencecah 500 buah sekolah.

Ketika Sarkozy mahu melanjutkan had umur persaraan yang kini sedang didebatkan di Dewan Senat, Menteri Pengangkutan Perancis, Dominique Bussereau cuma menenangkan kebimbangan kemungkinan berlakunya kekurangan bekalan bahan api.

Dengan lapan daripada 12 loji penapisan minyak ditutup, kesatuan pekerja pengendali trak menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri supaya tidak menghadkan bekalan minyak rizab kepada pengusaha pengangkutan.

Kebimbangan itu berlaku ekoran mogok yang bermula sejak beberapa hari lalu menjejaskan 70 peratus kapasiti loji penapisan minyak.

Sarkozy mahu meningkatkan had umur persaraan itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan defisit awam Perancis. - AFP




ReJaM©

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan