Perhimpunan Agong UMNO 2010 Pak Lah VS Mahathir


Dua orang mantan Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah dan Tun Mahathir dirakamkan di dalam sekeping gambar sedang saling bersalaman. Bila dua orang mantan Perdana Menteri Malaysia ini bersalaman, ia bukan suatu perkara yang biasa dapat dilihat seperti orang ramai bersalaman memohon maaf di Hari Raya.

Gambar ini menceritakan seribu satu kisah. Apa tah lagi nampaknya genggaman salam mereka tak cukup erat! Ada regangan dikesan walaupun masing-masing mempamirkan senyuman. Kata orang senyum kalau tak ikhlas, "kening tak ikut senyum", lihat sahajalah wajah kedua mereka ini, nampaknya hanya bibir yang sedikit senyum.

Satu masa dahulu di zaman Tun Abdullah masih menjadi Perdana Menteri Malaysia, umum mengetahui beliau dikritik hebat oleh Tun Mahathir, malah serangan Tun Mahathir kepada Pak Lah pada masa itu bukan calang-calang, bukan sikit-sikit. Namun itu hanyalah perkara yang lalu, bolehkah kita katakan mereka berdua sudah berdamai?

Jawapannya mungkin ya dan mungkin tidak! Di dalam mencari jawapan persoalan ini mari kita imbas sedikit kisah lalu mereka berdua.

Pak Lah semasa masih menjadi Perdana Menteri Malaysia dikatakan mula diserang bertalu-talu oleh Tun Mahathir apabila beliau membatalkan projek mega yang telah diluluskan oleh Mahathir di zaman pemerintahannya di sempadan Johor-Singapore. Projek tersebut dikatakan milik anak Mahathir.

Semenjak pembatalan projek "jambatan bengkok" yang menghubungkan antara Johor dan singapore itu oleh Pak Lah, Mahathir mula mengkritik teruk kepimpinan Pak Lah. Tun Mahathir yang sepatutnya menghabiskan masa bersama keluarga meniti usia senja sebaliknya mengadakan 'road show' seluruh negara untuk mengkritik bagi menjatuhkan Pak Lah pada masa itu.

Tun Mahathir satu-satunya Pemimpin UMNO yang sanggup keluar dari UMNO semata-mata untuk menjatuhkan Pak Lah. Tun Mahathir pada masa itu dilihat sanggup melakukan apa sahaja asalkan Pak Lah "jatuh".

Manakala Pak Lah hanya berdiam diri. Tidak berkata sepatah kalau ada sepatah dua yang tidak terlalu menonjol untuk 'counter-attack' kepada Tun Mahathir, atau sekurang-kurangnya mempertahankan dirinya. Akhirnya Pak Lah terpaksa berundur memandangkan prestasinya yang buruk pada PRU12.

Apa di dalam hati Pak Lah hanya Allah dan Pak Lah yang tahu. Namun secara luaran nampak Pak Lah bersahaja Pak Lah memang dari dahulu bersahaja. Dalam hal ini seorang yang melakukan kesalahan, dan seorang lagi boleh memilih sama ada mahu memaafkan ataupun tidak.


ReJaM© "Kesian tengok Pak Lah ni, lembek je... Pada ReJaM© Dia adalah timbalan PM yang baik! Tapi tak cukup power untuk jadi PM kerana dia lembek dan terlalu baik!"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan