Monday

Presiden wanita pertama Brazil, Dilma Roussef



Dilma Roussef sah terpilih sebagai presiden wanita pertama Brazil, setelah keputusan perkiraan rasmi suara pemilihan presiden menunjukkan dia memperoleh 55 peratus suara.

Sebelumnya, keputusan exit poll kebangsaan Brazil dalam pusingan kedua pemilihan presiden Brasil hari Minggu (31/10) menunjukkan Roussef tampaknya akan menjadi presiden wanita pertama Brasil.

Exit poll yang dilakukan Ibope memperlihatkan Roussef memperolehi 58 peratus suara, sedangkan Serra meraih 42 peratus.

Pemilihan presiden diadakan untuk memilih pengganti presiden Luiz Inacio Lula da Silva yang sangat terkenal di Brazil. Di bawah kepemimpinan da Silva Brazil telah menunjukkan kebolehan untuk menjadi negara dengan ekonomi kelima terbesar dunia.

Roussef berjanji akan meneruskan kebijaksanaan president sebelum ini yang dinilai menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang mantap dan berjaya menghapuskan jutaan rakyat daripada kemiskinan.

Roussef, yang merupakan salah satu pembantu da Silva, pernah dipenjarakan dan disiksa sewaktu pemerintahan tentera di Brazil sekitar tahun 1970-an.

[BBC]


ReJaM© "Adakah Bik Mama juga bercita-cita untuk menjadi PM?"

1 comments so far

Berita ini akan memberi impak kepada wanita 'pertama' kat sini. Lepas ni mesti bercita2 nak jadi PM pula, biar siteri dia dok rumah je. Mungkin teringin nak jadi PM wanita pertama pula.

Next belanjawan nanti jangan dia ni pulak yg membentang. Bukan leh percaya perempuan tu. Perempuan sedang berada dipuncak kemegahan..wang, harta, kuasa, glamour..semua sedang dinikmati sepuas nafsu. Kalau PM Malaysia sudah berada di bawah tapak kaki, apa saja boleh dibuatnya.

Kalau nak kurangkan kerakusan dia, kena turunkan laki dia dari jadi PM. Kalau nak turunkan laki dia kena bagi parti laki dia kalah dalam PRU13 nanti.


EmoticonEmoticon