Saturday

PRK Batu Sapi, SAPP calonkan Yong Teck Lee


Teka teki tentang Calon SAPP telah terjawab apabila Parti Maju Sabah (SAPP) akan meletakkan presidennya, Datuk Yong Teck Lee sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini. Pilihanraya Kecil PRK di Batu Sapi bakal memperlihatkan kepada umum keupayaan Parti Maju Sabah di dalam merampas kerusi DUN Batu Sapi apabila parti itu mencalonkan orang nombor satu untuk bertanding.

Dijangka perlawanan sengit tiga penjuru akan berlangsung untuk PRK Batu Sapi memandangkan Barisan Nasional dan calon PKR dari Pakatan Rakyat masing-masing akan turut bertanding di Pilihanraya tersebut.

Berita ini mengesahkan kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memujuk SAPP untuk memberi laluan kepada Calon dari PKR untuk bertanding menentang Calon dari Barisan Nasional.


ReJaM© " Nampaknya SAPP bagi 'All-out' untuk PRK Batu Sapi, kalau tak menang tak tahu lah he he he... SAPP boleh bungkuslah.."


EmoticonEmoticon