Sunday

PRK Galas: Calon PAS adalah yang terbaik


Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertemu terlebih dahulu dengan mereka yang disenarai pendek untuk dipilih mewakili PAS bertanding pada pilihan raya kecil Galas sebelum salah seorang daripada mereka diisytihar sebagai calon.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun (kiri) berkata ini adalah antara ketetapan yang akan dibuat oleh Menteri Besar Kelantan tersebut.

“Tok Guru (Nik Aziz) akan panggil mana-mana nama calon yang disenarai pendek mungkin untuk menerima amanat daripadanya sebelum seorang daripada mereka diumumkan sebagai calon,” katanya kepada pemberita di kediaman Nik Aziz di Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum itu Abdul Fatah yang juga ADUN Bukit Tuku memberi taklimat kepada Nik Aziz berhubung perkembangan terbaru dan strategi parti dalam menghadapi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri berkenaan pada 4 Nov ini.

Abdul Fatah berkata Nik Aziz juga mungkin akan mengumumkan nama calon PAS lebih awal daripada BN.

"Pada mulanya Nik Aziz dijangka mengumumkan nama calon pada 22 Oktober ini, tetapi mengikut perkembangan terbaru, ia mungkin diadakan lebih awal.

"Mungkin diadakan serentak pada hari pelancaran jentera pilihan raya PAS pada 19 Oktober ini," katanya.

Beliau berkata tiada apa yang hendak dirahsiakan oleh PAS mengenai calonnya di samping ia tidak mempunyai masalah dengan pemilihan calon.

ReJaM©


EmoticonEmoticon