PRK Galas: Lagi 'umpan' duit untuk pengundi!

Seperti biasa taktik yang digunakan oleh Barisan Nasional untuk memancing undi saat Pilihanraya Kecil ialah dengan umpan 'duit'. Sama seperti beberapa PRK yang lalu, sebaik sahaja bahang PRK bermula, 'orang atasan' Be End akan turun padang mengumumkan projek di kawasan setempat kononnya untuk membantu rakyat.


Apabila ditanya tentang projek yang tiba-tiba muncul itu, mereka akan memberikan alasan kononnya projek tersebut sudah lama diluluskan dan kebetulan ia diumumkan di saat Pilihanraya Kecil berkenaan.

Kalau sebelum ini pihak Be End kononnya berjanji tidak akan ada projek segera di DUN Galas,

Kerajaan Pusat tidak akan menjanjikan projek segera dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas atau cadangan membina universiti di Gua Musang walaupun BN memenangi pilihan raya kecil itu pada 4 Nov ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sebaliknya, kerajaan akan lebih mementingkan peningkatan mutu daripada membina lebih banyak pusat pengajian tinggi dalam negara Sumber: Malaysiakini

Namun hari ini perkara sebaliknya yang berlaku, tiba-tiba muncul projek mee segera untuk mengumpan pengundi-pengundi agar menyokong Barisan Nasional! Seperti biasa alasan mereka ini bukanlah projek 'mee segera' sebaliknya sudah lama dirancangkan! Tipu budak sekolah tadika bolehla Kah kah kah...


"Tunggulah pengumuman Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengenai projek perumahan itu di Galas pada 24 Okt ini. Tidak semua yang kita umumkan itu adalah segera dan mungkin apa yang kita umumkan itu sudah lama dalam perancangan atau sudah diluluskan. -Sumber: Malaysiakini




ReJaM© "Macam biasalah orang bagi kita ambil, tapi undi calon PAS!"

1 Comments

  1. Masalahnya mee segera betul ke ade...atau tipu lagi. Lepas prk senyap semua. Sambung semula projek tu pada pr akan dtg. Dikhuatiri bukan projek segera tp lebih kepada umpan selamanya. Cuba tanya mana janji bn kepada bekas pemilik tanah sg buaya pada prk ulu selangor ari tu.

    Sifat munafik berbohong adalah pakaian parti asobiyah. Bagi mereka berbohong itu bijaksana, strategi dan dibenarkan demi mencapai tujuan. Masalahnya satu pembohongan hanya sah digunapakai sekali aje. Kalau selalu diguna pembohongan yg sama, org dpt baca la.

    Orang Galas, mintala apa nak minta sekarang ini kepada bn. Ambik semua yg diberi, pangkah bulan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan