Friday

PRK Galas, Peluang untuk PERKASA


Pada mulanya ingin saya ucapkan takziyyah kepada keluarga Almarhum Che Hashim atas kembalinya ke Rahmatullah pada 27 September yang lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dia diterima Allah sebagai seorang hambaNya yang Solleh. Begitu juga didoakan semoga keluarganya diberi Allah kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi saat kesedihan dan kepiluan di dalam menghadapi pemergiannya. Semoga mereka terus istiqamah di atas jalan memperjuangkan Islam.

Dengan pemergian Almarhum Che Hashim (gambar kanan), maka persoalan pilihanraya kecil bagi kerusi DUN Galas menjadi satu perkara yang perlu dihadapi oleh PAS dan juga UMNO-BN. Semua yang mengikuti perkembangan politik sedang membincangkan, dengan begitu bersemangat, samada PAS dapat mengekalkan kerusi ini ataupun ianya akan dirampas oleh UMNO-BN.

Walaupun saya bersetuju bahawa hanya kedua kumpulan ini sahajalah yang mempunyai kekuatan untuk memungkinkan kemenangan tercapai, saya tidak menafikan bahawa ada "pihak ketiga" yang sedang giat menonjolkan diri sebagai alternatif kepada BN dan juga PR, khususnya bagi orang Melayu. Pihak ketiga yang saya maksudkan di sini adalah PERKASA.

Kita sering dihidangkan dengan "aksi pertelagahan" di antara PERKASA dan semua yang lain, termasuk juga UMNO, di mana PERKASA mendabik dada sebagai satu-satunya badan yang memperjuangkan kepentingan Melayu. PERKASA "menolak" UMNO dan UMNO pula "menolak" PERKASA dan segala kenyataan yang menyatakan bahawa "aksi pertelagahan" dan "tolak-menolak" adalah sandiwara semata-mata telah dinafi dengan keras oleh kedua-dua pihak.

Sebagai bukti ketidak serasian perjuangan PERKASA dengan UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar kiri), Ketua Pemuda UMNO, telah menyatakan secara terbuka bahawa beliau akan meninggalkan UMNO sekiranya UMNO menerima perjuangan PERKASA.

Pilihanraya kecil Galas sebenarnya merupakan peluang terbaik untuk PERKASA membuktikan sejauhmana perjuangan mereka disokong oleh ahli UMNO peringkat akar umbi dan masyarakat Melayu secara amnya. Ianya merupakan peluang baik untuk membuktikan samada dakwaan mereka sebagai pejuang Melayu yang sebenarnya diterima oleh orang Melayu atau mereka hanya syok sendiri.



Galas merupakan kerusi majoriti Melayu di dalam kawasan Parlimen Gua Musang, iaitu Parlimen kubu kuat UMNO, yang tidak berjaya dimenangi PAS walaupun pada zaman tsunami politik 2008. Bagi saya, ianya merupakan kerusi yang "ideal" untuk PERKASA mencabar kedudukan UMNO sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu demi membuktikan bahawa masyarakat Melayu lebih bersetuju dengan pendirian dan pendekatan mereka berbanding dengan pendekatan UMNO. Ianya merupakan kerusi "ideal" untuk dijadikan sebagai kerusi "debut" atau pemunculan pertama di muka umum bagi PERKASA yang akan menandakan kemasukan PERKASA ke dalam arena politik secara serius. Oleh kerana kerusi "debut" adalah penting maka calon yang terbaik untuk diturunkan bagi pihak PERKASA adalah Presidennya sendiri, iaitu Ibrahim Ali.

Ianya juga akan menjadi bukti akan kesungguhan PERKASA dalam penentangannya terhadap pendekatan UMNO dewasa ini yang dianggap terlalu lembik dalam mempertahankan kepentingan Melayu. Sekiranya PERKASA "turun padang" sebegini, dengan Ibrahim Ali sebagi calon, maka segala dakwaan bahawa selama ini mereka hanya bersandiwara bersama dengan UMNO akan terbukti meleset.

Apa yang perlu dicapai olehnya adalah hanya untuk mendapat jumlah undi yang menyayinggi UMNO dan ianya akan membuktikan bahawa PERKASA lebih diterima sebagai badan yang memperjuangkan Melayu berbanding UMNO. Pada ketika itu Ibrahim Ali boleh berkokok dengan sekuat-kuatnya dan tiada pemimpin UMNO yang dapat menghalangnya, kerana terbukti bahawa orang UMNO dan masyarakat Melayu memberi sambutan yang baik terhadap perjuangannya.

Namun saya (Khalid Samad, gambar kiri) yakin bahawa Ibrahim tidak akan melakukannya. Dia akan tetap bersama UMNO dan akan turun berkempen untuk UMNO dalam Pilihanraya kecil Galas. UMNO telah melayaninya dengan baik, menjaganya dengan baik dan seperti yang didedahkan oleh dirinya sendiri dalam Parlimen, perjuangan untuk Melayu ala UMNO, telah menghasilkan saham atas namanya yang bernilai berpuluh juta ringgit. Dia menjadi kaya atas nama perjuangan Melayu, sepertimana pejuang-pejuang Melayu yang lain dalam UMNO.

Itulah sebabnya mereka akan terus kekal bersama UMNO walaupun mereka mengatakan sebaliknya. Mereka berasa yakin bahawa mereka menjadi kaya melalui UMNO dan terhutang budi dengan UMNO. Mereka ingin terus kaya melalui UMNO sambil Melayu biasa terus miskin. Mereka menjadi kaya di atas nama Melayu dan bagi pihak Melayu tetapi Melayu yang mereka wakili tidak mendapat manfaat dari kekayaan mereka. Kecuali kain batik atau kain pelikat sekali sekala.

Oleh yang demikian, oleh kerana perjuangan mereka hanya kepura-puraan, saya penuh yakin bahawa PERKASA tidak akan turun bertanding di Galas walaupun ianya peluang keemasan untuk membuktikan kesungguhan mereka. Ibrahim akan terus menyalak seperti biasa, tetapi apabila pilihanraya kecil diadakan, dia akan berada di sisi UMNO. Itulah perjuangan Melayu UMNO.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

*Tulisan ini dipetik dari blog Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam.



CiLiK©

2 comments

Janganlah harap apa2 luar biasa dilakukan Perkasa. Ia hnaya gimik umno je utk raih sokongan melayu supaya lebih perkauman.

Lihatlah foto pelakun2 perkasa tu , berbaju hitam , berselempang merah dan cium keris(tak abis2 cium keris org2 umno ni,kat belakang kita amoi yg cina tu dicium juga). Itu bukti mereka berlakun.

Konon nak kembalikan semangat selempang merah masa org melayu lawan komunis dulu.

Sedarlah sikit org dulu pejuang selempang merah bukan main2, bukan lakunan utk suratkahabr mcm kau katak!

Mereka berlawan komunis yang tiada beragama itu, mereka melawan org kafir yg membunuh org islam melayu. Mereka bukan beramal selmpang merah dgn mengamalkan rasuah, menentnag agama, memfinah sesama melayu, mencuri royalti negeri org melayu, mengadai harta melayu, membiarkan anak2 muda melayu rosak.

Merela layak meletak selempang merah dengan jiwa dan iman yang kental. Jauh daripada perbuatan fasik yang basic. Tiada berbuat maksiat dan mungkar. Beramal dan mendekatkan diri kepada Tuhan siang dan malam. Menjaga adab dan tata susila yang membolehkan mereka layak mendapat pertolongan ghaib Allah swt dgn kaedah ilmu selempang merah. Kisah2 selempang merah memang sgt dekat dgn kehidupan ku semasa kecil dulu.

Jadi bagi perkasa, tolong sedar diri, sedar juga siapakah org yg kau org bawa sebelah kau tu. Dia tu pejuang melayu islam atau yg banyak menjahanamkan Islam. Jangan nk berdrama lagi dgn memakai selempang merah dan mencium keris, nant diri kau yg terodok dek keris tu pulak.


Selagi tidak berjuang dijalan yg benar, jgn haraplah kau hendak mendapat pertolonganNya. Pakailah selmpang merah pun, ciumlah keris tu sampai bagi pun, dibelakang kau org lah yang mengadai negara kepada org luar dan membiarkan negara dikuasai yahudi dan zionis APCO.

Perkasa = umngok = APCO = zionis = freemason = illuminati

Bro JAKA hujah terbaek... SYABAS...


EmoticonEmoticon