Putera Saudi didapati bersalah bunuh pembantunya

LONDON, England (CNN) - Seorang putera Arab Saudi telah didapati bersalah semalam (Selasa) atas tuduhan membunuh seorang pembantunya di salah sebuah hotel di London pada bulan Febuari lalu di mana pendakwaraya mengatakan kes bunuh ini mempunyai unsur seks.

Putera Abdul Aziz Bin Naseer Al Saud telah didapati bersalah terhadap kedua-dua tuduhan bunuh dan mencederakan pembantunya untuk membunuh Bandar Abdulaziz (di dalam gambar).

Bandar Abdulaziz mati akibat kesan bengkak teruk di otak dan keretakkan rusuk serta tulang lehernya akibat dipukul dengan teruk. Terdapat juga kesan gigitan pada muka, telinga dan tangannya.

Putera Arab Saudi itu tidak menafikan tuduhan pembunuhan terhadap pembantunya itu, tetapi mengatakan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk melakukan demikian. Putera Saudi itu dijadualkan akan menghadapi hukuman penjara hari ni (Rabu) dan menerima hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Putera Saudi itu dikatakan tidak membela diri.

Memandangkan putera terbabit tidak menafikan dia membunuh pembantunya, maka tugas juri hanyalah untuk menentukan sama ada dia bersalah atas tuduhan membunuh ataupun membunuh tanpa niat.

Oleh itu para juri harus menentukan keadaan minda dan niat putera tersebut semasa Bandar Abdulaziz dibunuh.

Para juri mengambil masa hanya kira-kira satu jam tiga puluh minit semalam untuk membuat keputusan.

Putera terbabit yang juga cucu kepada Raja Abdullah tidak menunjukkan sebarang reaksi semasa hukuman dibacakan di depannya.




ReJaM© "Dah biasa hidup senang kaya raya dia ingat undang-undang pun boleh dibeli"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan