Rahimi Osman: Tanyalah Anwar siapa bawa saya!

Enggan menamakan sesiapa, Rahimi Osman meminta pihak berkenaan bertanyakan sendiri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang siapakah yang membawanya masuk ke pejabat ketua umum PKR itu.

"Ada juga yang tanya siapa bawa masuk saya dalam pejabat Anwar? Jawapan saya, tanyalah Anwar sendiri.

"Yang penting, saya tidak direkrut oleh sesiapa di dalam PKR. Saya dah jadi penyokong parti sejak dahulu lagi," kata bekas pembantu Anwar itu.

Rahimi (kanan) dipercayai merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub semalam yang menimbulkan persoalan yang didakwanya tidak pernah dibincangkan oleh anggota PKR, iaitu siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR?

Mustaffa (kiri) juga mempertikaikan kenapa Rahimi "beriya-iya" mahu memadamkan nama Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan isterinya Datuk Seri Rosmah Mansor sekarang sedangkan kedua-dua mereka begitu berdiam diri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rahimi juga menjelaskan beliau langsung tidak berkecil hati dengan kenyataan yang mengatakan beliau seorang sahaja beria-ia mempertahankan Najib dan Rosmah sedangkan kedua-dua mereka cuma berdiam diri.

"Saya bukannya beria-ia untuk mempertahankan perdana menteri dan isteri. Lagipun sebagai PM, kenapa pula dia perlu buang masa untuk melayan perkara-perkara sebegini sedangkan ia dalam siasatan polis.

'Tak baca berita?'

"Biarlah polis buat kerja," katanya sambil menyifatkan Mustaffa sebagai terdesak dan "kurang perhatian" daripada bosnya sendiri.

Lagipun, menurut Rahimi lebih penting bagi perdana menteri memfokuskan kepada tugas utama sebagai 'kapten' yang mengemudi Malaysia.

Beliau juga menyelar tindakan pihak tertentu yang terus mempersoalkan kenapa beliau mengambil tindakan itu sekarang, walaupun mendakwa dipaksa menandatangani akuan bersumpah itu pada 2008 lagi.

Menurutnya, persoalan itu telah pun dijawab dengan penuh terperinci dan disiarkan dalam akhbar.

"Cita-citanya ingin bertanding jawatan tinggi dalam PKR, tetapi nampak sangat dia sendiri tak baca berita. Macam mana nak jadi pemimpin?

"Nasihat saya, lain kali kalau nak cakap gunalah akal dahulu, jangan terlalu terdesak mencari populariti untuk meraih undi ahli serta mendapatkan pujian dan sokongan pemimpin atasan yang sebenarnya memandang rendah pada mereka," kata Rahimi.

Minggu lepas, Rahimi mendakwa dipaksa dua peguam PKR Latheefa koya dan Saiful Izham Ramli untuk menandatangani akuan bersumpah bagi mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Latheefa dan Saiful - kedua-duanya juga pemimpin PKR - bagaimanapun menafikannya

6 Comments

  1. rejam ajar aku letak facebook kat posting tu.... ok tau!

    ReplyDelete
  2. Tidak perlu PKR memaksa akuan bersumpah daripada budak sekor ni. Saifool dah jelas mengaku berjumpa Najib sebelum ini.

    Pembunuhan awek mongol menggunakan C4 yg esklusif itu, pemadaman rekod awek tu di imigresyen, penglibatan razak bagindo...sebenarnya sudah cukup memberi tanda penglibatan pihak atasan yg mempunyai kuasa mengarah apa saja.

    Penukaran akuan bersumpah beberapa org saksi seperti Bala, akuan bersumpah selepas disiksa dalam penjara seperti Munawar dan Sukma, penukaran bersumpah Azizan dan Umi Hafilda awal sebelum Anwar dipecat dulu, penukaran pendirian mengenai DNA oleh Rahim Nor dan banyak lagi rentetan peristiwa yg mencurigakan yg boleh dikaitkan dengan kerja2 mafia unit khas yg menerima arahan pihak paling atasan.

    Tiap minggu ditontonkan dgn cerita tamil dan hindi takkan tak belajar lagi bahawa semua itu boleh dibuat oleh mereka yg berkuasa. Sekarang dgn adanya perunding fitnah dan manipulasi daripada israel maka kerja2 kotor dan fitnah ini boleh dibuat dgn lebih jahat lagi.

    Tak penting langsung akuan bersumpah budak Rahimi ni. Biarlah dia cakap kat tv membela tuan dia, makin dibela tuan dia tu, makin nampak memang tuan dia terlibat. makin ramai diupah org utk nafi, makin jelas bersalahnya org itu. Mudah sungguh membaca yg tersirat.

    Cuma nak membuktikan yg tersurat tunggulah masanya akan tiba juga....nak kemana lari kat bumi Yang Maha Adil ini...nk selamat ikut ayah pin ke langit...tp langit pun Dia punya juga kan?

    ReplyDelete
  3. semua pndai berkata2 je lbih buat nye blum tntu boleh korang ni...dua2 parti m`yusah kn......gajah b`tarung....plnduk mati d`tgh2....

    ReplyDelete
  4. adui.....BN n PKR?Satu parti yang selalu membuat masalah.....tp politik ni xpernah bergiat sihat kecuali politik zaman rasullah...try larikut sunnah n ajaran rasullah....bn,pas,pkr....semua same...haprak!!!!!11

    ReplyDelete
  5. Tidak mahu terlibat politik dok saja diam2...umno suka org yg tk mau tau pasal politik, senang mereka nk bolot semua, takde org kacau...politik bukan paksaan...kalau minda terlalu lemah hingga pening sedangkan org yg berjuang dlm politik sentiasa bersemangat dan tidak perlnah mengeluh, maka pi la rehatkan minda yg tidak pernah digunakan itu...

    Kalau nk kenal seseorg tu umno n penyokong bn ialah bila mereka mengatakan :

    1. umno dn pr sama saja
    2. aku tk campur politik, semua tk betul

    Kalau dgr alasan begitu, sah lah mereka umno

    ReplyDelete
  6. setuju 1000% ngn JAKA...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan