Wednesday

Rais Yatim buat laporan polis terhadap blogger



Seorang penulis blog (Blogger) mungkin bakal menerima tindakan undang-undang berikutan satu aduan kepada pihak Polis yang dilakukan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim. Rais Yatim membuat laporan Polis terhadap blogger berkenaan di Ibu Pejabat Dang Wangi. Berikut laporan akhbar.

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam membuat laporan polis terhadap penulis blog, Rocky's Bru kerana membuat tuduhan palsu terhadap anak lelakinya seperti yang disiarkan dalam blog berkenaan.

Blog tersebut mendakwa anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian terbabit dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Difahamkan, Rais turut membuat laporan sama terhadap blog Taikors and Taikuns (TnT) dan Bigdogdotcom di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Siasatan akan dilanjutkan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya ketika dihubungi semalam. -Kosmo


ReJaM© "Alahai releklah Rais, apa barang report-report kah kah kah"

3 comments

kalau menteri dah bangang, tetap bangang.


entot2 berlari2 kemudian cerai..

kah..kah..kah..

Anda bijak berhujah?
Rais Yatim lagi bijak menangkis hujahnya sebagai perogol amah. Hahahahaha...kah...kah..kah.

Apala yg kau pegi rogol org tu (kalau betul)..khawin lain ajela kalau dh ayang tu tak bergetah lg..jauh mana nak layan nafsu kuda tu...udah-udah ler...


EmoticonEmoticon