Rakyat Malaysia hidup bawah jambatan!


Dalam kekalutan kerajaan menepis kritikan demi kritikan terhadap projek mega menara seratus tingkat yang disifatkan membazirkan duit rakyat, dalam kesibukkan pemimpin UMNO mencari alasan untuk meyakinkan rakyat bahawa projek tersebut adalah projek yang menguntungkan rakyat.

Ada lagi insan kerdil rakyat Malaysia yang masih tiada tempat tinggal untuk berteduh. Adakah membina menara lebih utama dari membela rakyat miskin yang tidak terbela? Inikah maksud di sebalik "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?"

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) di sini pasti tidak menyangka sebuah kolong di bawah jambatan yang mereka lalui di situ rupa-rupanya menjadi rumah kepada satu keluarga tiga beranak termasuk bayi mereka yang berusia setahun.

Bersama mereka ialah dua lelaki hidup yang turut merempat, Mohd. Hafiz Abdul Aziz, 30, dari Sepang dan Tan Chee Wah, 44, dari Serdang, Selangor.

Ketua keluarga itu, Hazmain Abdul Jalil, 28, membawa isterinya, Siti Faezah Abu Bakar, 27, dan anak perempuan mereka, Siti Norafida ke bawah jambatan itu sejak empat bulan lalu selepas dihalau dari sebuah rumah kosong yang sebelum itu menjadi tempat mereka berlindung.

Kawasan yang menjadi 'rumah' mereka itu tidak berdinding hanya dilapik dengan kayu sementara untuk mendapatkan bekalan air, mereka terpaksa mencuri air dari paip berdekatan.


ReJaM© "Adakah ruang untuk mereka ini di menara 100 tingkat?"

1 Comments

  1. memang betu. banyak lagi perkara yang boleh diperbaik dari buat menara yang jadi salah satu simbol manusia berkejar2 buat menara paling tinggi sebagai simbol tandanya kiamat. banyak yang terbela. tingkatkan taraf hidup di semennjung sabah sarawak. orang miskin. orang asli. ada jugak orang yang x pernah kenal pun muka perdana menteri sendiri sebab terlampau daif hidup dalam kemiskinan and jauh dari hidup yang serba canggih nie. wasting time, wasting money. wasting everything act.. derma pada negara2 miskin pun xper kalau xnk derma kat negara sendri. think further la. you all semua berpendidikan tinggi2. boleh fikir secara rasional. think big before dream big!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan