Rasuah di Malaysia 2010 kekal tangga terburuk


Nampaknya rasuah di Malaysia kekal di tangga tercorot apabila Transparency International mengumumkan bahawa Malaysia kekal di tangga ke 56 iaitu tidak berubah dari kedudukan tahun lalu daripada 178 negara lain. Ini menggambarkan bahawa Rasuah di Malaysia masih kekal pada trend yang sama meskipun kerajaan melaungkan pelbagai janji untuk memerangi rasuah.

Selain itu Somalia dinamakan negara paling banyak melakukan rasuah, diikuti dengan Afghanistan, Myanmar dan Iraq, menurut badan pemerhati bebas dunia itu.

Sebanyak 75 peratus daripada negara yang ditinjau oleh pemerhati bebas dunia itu mendapat markah kurang daripada lima pada skala 10 (sangat bersih) ke 0 (sangat dicemari dengan rasuah). Malang sekali kerana Malaysia juga turut tersenarai sebagai satu daripada 75% negara di dunia yang tercemar teruk dengan rasuah di mana Malaysia memperolehi skor 4.4.

Denmark, New Zealand dan Singapura pula berkongsi tempat pertama sebagai negara paling kurang rasuah, diikuti dengan Finland, Sweden, Kanada dan Belanda. Singapura meskipun terletak bersebelahan dengan Malaysia masih kekal untuk tidak tercemar teruk dengan rasuah seperti Malaysia.



ReJaM© "Salah satu kerjaya menjadi penyumbang terbesar kepada pencemaran rasuah Malaysia ialah POLIS"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan