Ribuan umat Islam membantah Rosmah Mansor


Heboh isu berkenaan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menghina Islam di seluruh internet! Rosmah Mansor dan Festival Busana Muslim nya mengundang bantahan dari pelbagai pihak memandangkan ia isu yang sangat sensitif bagi umat Islam. Blogger-blogger pro Barisan Nasional yang sebelum ini mendiamkan diri kini sudah mula mencari helah untuk menutup kesalahan Rosmah Mansur.

Apapun bantahan terhadap Rosmah Mansur tentang isu ini begitu hangat jelas menunjukkan kemarahan umat Islam yang tidak dapat menerima perbuatan Rosmah Mansur. Hari ini sahaja Sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS di adakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan di Pahang dan Masjid Pengadang Baru di Kuala Terangganu. Manakala dua lagi bantahan berlangsung di Pulau Pinang iaitu di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Hashim Yahya.

Semua bantahan itu diadakan selepas solat Jumaat yang disertai oleh ahli jamaah yang selesai menunaikan solat berkenaan.

Umumnya, ucapan yang disampaikan oleh pemimpin Pemuda PAS menegaskan tindakan penganjuran festival yang memaparkan model yang memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab adalah satu penghinaan kepada Islam.

Tidak sempat berucap

Di Masjid Sultan Ahmad Shah, bantahan berkenaan diketuai oleh ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan, yang turut disertai antaranya ketua Pemuda PAS negeri Suhaimi Said.

Perhimpunan yang berlangsung selama setengah jam bermula 1.50 petang disertai kira-kira 1,000 jemaah termasuk penyokong parti sebelum kira-kira 15 anggota polis mengarahkan perhimpunan itu dihentikan.

"Saya tidak sempat hendak berucap. Polis mengarahkan kira berhenti. Kita mematuhi arahan polis dan tiada tangkapan dibuat," kata Nasrudin kepada Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru, bantahan aman diketuai oleh ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah. Beliau juga adalah ADUN Bukit Payung.

Ahli jawatankuasa PAS Terengganu Azman Shapawi Abd Rani turut menyampaikan ucapan berhubung isu tersebut sewaktu dalam perhimpunan itu diadakan.

"Tidak sepatutnya festival ini dianjurkan oleh orang Islam. Ia nampak seolah-olah penghinaan kepada Islam.

Kita kata festival fesyen Islam, tapi model berpakaian menjolok mata. Ia satu penghinaan dan tidak sepatutnya berlaku di dunia," katanya.

Perhimpunan selama 30 minit itu, itu dihadiri kira-kira 1,500 yang selesai menunaikan solat Jumaat, berlangsung dengan aman tanpa kehadiran anggota polis.

Sementara itu, ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah mengetuai kira-kira 200 ahli jamaah dan penyokong parti itu dalam perhimpunan aman di Masjid Permatang Janggus.




ReJaM© "Rosmah Buat Hal Najib pening Kepala! Kah kah kah!"

4 Comments

  1. 7o peratus org nogori sembilan BENCI kepada rosmah@rosak-mah !

    ReplyDelete
  2. pelajar mml
    mml juga buat bantahan iff diketuai oleh muizuddin ahli balkis

    ReplyDelete
  3. pelik.tp benar lah.biadap.kalau xsilap, die sendiri pon xbertudung mengikut syariat Islam.Lagi mau buat event2 yang bercanggah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan