Seekor lagi katak mahu melompat

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR N. Gobalakrishnan (gambar fail) memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Naib Presiden Azmin Ali dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk “puak” untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti.

“Hari ini, saya datang dengan kenyataan ini meminta jawatankuasa pemilihan segera menyelesaikan kesemua masalah berkaitan dengan pemilihan bahagian.

“Saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua.

“Jika keadaan ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini,” kata beliau yang pernah dikaitkan akan keluar parti satu hari bersama beberapa wakil rakyat yang telah pun keluar.

Beliau telah menafikan khabar-khabar angin itu sebelum ini.

Kata Gobalakrishnan, sepanjang 11 tahun lalu beliau berdiri teguh bersama parti tetapi ini kali pertama “berdiri di depan kamera” mendesak jawatankuasa pemilihan bertindak tegas.

“Mereka boleh panggil saya pengkhianat atau trojan, tetapi saya akan tegas… tetapi jika perkara ini berterusan, saya tidak fikir saya perlu kekal,” kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen.

Gobalakrishnan merupakan salah seorang pemimpin yang dicalonkan untuk jawatan naib presiden.

Sumber : Free Malaysia Today

ReJaM©

2 Comments

  1. kalau hang mak kuar....silakan...maknanya kau akan jadi YB semusim sajalah...orang ramai tak heran bila pemimpin kuar parti.....asalkan jangan akar umbi...zaman la ni akan main ugut-ugut dah...orang lain depa kata depa buat...tak payah tunggu-tunggu lagi...selamat berambus...semoga menemui jalan yg penuh ranjau..

    ReplyDelete
  2. Nak keluar elok sangat la.. Masa2 macam ni baru dapat tau sapa yang berjuang nak kan nama, nak kan pangkat dan kedudukan.. Mudah-mudahan pejuang2 yang lain istiqomah dalam meneruskan perjuangan.Tak payah la nak terpekik merata kononnya nak tegakkan keadilan. Dah tersilap pilih jalan, para penyokong pun dah hilang hormat.
    Cakap lantang, tapi tindakan menampakkan tiada daya juang yang tinggi. Dah berapa lama ikut pakatan, tapi dok buta tuli jugak.. Eloklah berambus.. Useless..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan