Monday

Sheikh Muszaphar tidak diiktiraf sebagai angkasawan



Hari ini 10.10.2010 merupakan hari bersejarah bagi Sheikh Muszaphar Shukor yang telah sah secara rasminya bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunor. Sheikh Muszaphar Shukor sah bergelar suami selepas melafazkan akad nikah di dalam majlis yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Namun begitu di dalam entry kali ini, ReJaM© ingin menarik perhatian pembaca tentang program Angkasawan negara yang telah menjulang nama beliau. Projek angkasawan negara ini mendapat liputan meluas daripada media-media tempatan dan antarabangsa memandangkan Sheikh Muszaphar Shukor dikatakan sebagai angkasawan pertama negara Malaysia.

Namun begitu terdapat maklumat yang mengatakan bahawa angkasawan negara ini tidak diiktiraf sebagai angkasawan, sebaliknya hanyalah sekadar pelancong angkasa 'space tourist'. Terpulang kepada anda yang menilai.

Di dalam website NASA, menunjukkan bahawa beliau hanyalah sekadar pelancong angkasa dan bukanlah angkasawan seperti yang digembar-gemburkan. Website tersebut menggelarkan Sheikh Muszaphar sebagai spaceflight participant dan bukanlah astronaut atupun cosmonaut (bahasa Russia). Berikut laporan website berkenaan.

Malaysian spaceflight participant Sheikh Muszaphar Shukor, attired in a Russian Sokol launch and entry suit, takes a break from training in Star City, Russia to pose for a portrait.



'Spaceflight participant' bermaksud 'pelancong angkasa' dan bukanlah angkasawan. Berikut terjemahan daripada Wikipedia.

Spaceflight participant is the term used by National Aeronautics and Space Administration (NASA) and the Russian Federal Space Agency (RKA) for people who travel aboard space missions coordinated by those agencies who are not part of the crew. The term serves to distinguish tourists and other special travelers from the career astronauts.

Spaceflight participant adalah sebutan nama yang digunakan oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA) dan the Russian Federal Space Agency (RKA) sebagai nama bagi individu yang menjelajah angkasa lepas melalui agensi yang bukan merupakan krew. Terminologi digunakan untuk membezakan antara pelancong dan lain-lain penjelajah khas di dalam kerjaya angkasawan. Maka penerangan ini jelas sekali menunjukkan bahawa dunia tidak mengiktiraf sheikh Muszaphar Shukor sebagai seorang angkasawan.Sila klik gambar untuk membesarkan image



ReJaM©: "Untung Sheikh Muszaphar jalan-jalan ke Angkasa"

17 comments

Aku mmg dr dulu x anggap pun dia angkasawan, di pi sana atas alasan tiket perjanjian pembelian setelit (kalu x silap aku laaa) dgn mnsyaratkan ada rakyat m'sia ikut serta dalam penghantaran setelit ke angkasa.

aku pon ade tulis gak pasal "ANGKASAWAN Msia" ni. sampai bile kte nk kne tipu ni? haha~

http://incekakim.blogspot.com/2010/09/astro-not-bukan-astronaut.html

rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Sheikh_Muszaphar_Shukor

Cehhh... nak kahwin pun pinjam loan bank rakyat RM100 ribu... elaun angkasawan tak cukup ke...???

lagi mau kecoh... angkasawan ke... pelawat angkasa jer...???

hahaha...

memang btul la tu... sebab dia hanya pergi kat iss je bukan gi bulan pon nak iktiraf sebagai astronaut

10 hari je dah jadi astronout haha ridicoulous

walaupun tak digelar angkasawan tapi merasa juga dia naik space craft..tengok bumi dari ruang angkasa..

aku nak naik Air Asia jenuh kene kumpul duit sendiri..

so yang untung tetap juga Sheikh Muzafar..

yg kena tipu ialah rakyat msia, umNok nie buat sheikh nie jadi top model utk pancing hati rakyat, adalah sesuatu yg merepek kalau buat kajian kat atas tu, apa bumi yg amat luas nie dah takda tempat sesuai ker? kalau perhatikan semasa sheikh nie bercakap dlm kapsul kapal angkasa tu sama seperti hanya bercakap dlm kapsul latihan kat bumi aje. sama juga lakonan angkasawan2 amerika yg pergi bulan tu,kerja pembohong semuanya.Cakap besar ajer sedangkan pintu langit pun takda manusia yg tau kat mana.

SEBAB DIA NI LA HARGA GANDUM MELAMBUNG! SIAL!

"Spaceflight participant is the term used by National Aeronautics and Space Administration (NASA) and the Russian Federal Space Agency (RKA) for people who travel aboard space missions coordinated by those agencies who are not part of the crew. The term serves to distinguish tourists and other special travelers from the career astronauts."

betul la dia term tu di bagi since, it's true dia bukan krew NASA, tp wakil dr malaysia...mungkin dia neh dlm kategori special travelers from the career ASTROUNAUTS tersebut lah kot...

kenapa sume org duk kecoh ngn keyword "tourist" but not "special travelers from the career ASTROUNAUTS"?

tp ok la kan. kita misundrstood pasal term "astronaut" tu je. tak payah nak kutuk banyak2 sangat la sbb nak pegi as one of the prticipant ni pun kena test macam2. bukan orang2 biasa mcm kita yang just pndai ckp byk ni je yg boleh pegi kan. kena ada validation jugak, blajar kena gempak jugak. kalau nak astronaut, kena dr dulu la ambek course astronomy semua. tp dia ni asal doctor. so ni je la yg dia layak. tp still perkara yg besar bg malaysia sbb dia orang first kan? bukan salah dia la kalau media semua salah tulis. maybe dia pun tak mampu nak betulkan ksilapan tu. btw, dia dak pegi angkasa, korg ade????

pantang nmpk lobang..mesti nak jolok bg besar

pelik tengok tuannye blog n tukang2 komen

nk share gak sikit..so that minda leh terbukak luas sikitkn

http://news.asiaone.com/News/Latest+News/Story/A1Story20071011-29514.html

korang ni kurang membaca... dia tak layak terima gelaran angkasawan sbb Malaysia tidak termasuk dalam kumpulan negara yg melahirkan angkaswan yang ada link ngan NASA.. lupa pula nama persatuan tu.. jadi dia tak dpt laa status angkasawan..

dia lebih sikit dr pelancong angksa.. walaupun dia pegi sehari.. tapi dia bawa kajian sains untuk dijalankan dan bl balik dia ada misi untuk naikkan semangat pelajar ttg aeroangkasa... kalo dia pelancong angkasa.. dia pegi sana pergi ambik gambar balik tak buat pape..

korang ni temasuk penulis blog ni mmg busuk hati dengki dgn rezeki dia... bawa2lah bertaubat!

.. KORG DENGKI YG KORANG SUME X NAIK ANGKASA.. HAHAHAHA... KORANG CAKAP AR MACAM2.. CUBE KORG MACM TU.. GERENTI.. ORG LEN KUTUK.. YG KUTUK NI SUME ORG MELAYU.. X BOLEH TENGOK ORG LEBIH.. HAHAHAHAHAHA... KORNG AKU PATUT BAGI KUTUKWAN.. DASAR PENGUTUK, PENGHINA BANGSA SENDIRI.. HAHHAHAHA.. DELETE AR COMMENT NI KALO RASE TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI. HAHAHAHAAAAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA

xperiment wktu kt space minum ayaq sirap dgn kacang cambil terapung...ceh bdk skolah pn tau kata kt space xdak graviti....
yg bwk DNA uji kt space tu pn result dia samar2....

I got this site from my friend who shared with me concerning this site and at the moment this time I am visiting this web page
and reading very informative articles at this time.

Also visit my website ... jaket wanita murah

Hi there everyone, it's my first visit at this site,
and post is really fruitful in favor of me, keep
up posting such articles.

Here is my web page; jaket wanita murah


EmoticonEmoticon