Suami boleh pukul isteri - Hakim

Cuba kalau hakim di Malaysia putuskan bahawa lelaki atau suami boleh pukul isteri, apa akan berlaku? Pertama sekali Menteri Pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat si Sharizat Jalil tentu sekali akan melenting dan mempertikai keputusan mahkamah.

Tambah pulak kawan dia si Bik Mama silap-silap akan bawa semua wanita-wanita yang kononnya memperjuangkan hak asasi berdemonstrasi di jalan raya kah kah kah.

ABU DHABI - Mahkamah tertinggi Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyatakan seorang lelaki boleh memukul isteri dan anak kecilnya asalkan pukulan itu tidak meninggalkan tanda fizikal pada tubuh mereka.

Keputusan Mahkamah Agung Persekutuan tersebut menunjukkan pengaruh kuat undang-undang Islam di UAE selain tarikannya dalam kalangan komuniti antarabangsa ekoran bilangan rakyat asing jauh melebihi penduduk tempatan di negara berkenaan.

Mahkamah berkenaan membuat keputusan itu pada awal bulan ini dalam kes seorang lelaki yang memukul isteri dan anak perempuannya yang telah dewasa sehingga tubuh mereka luka dan berparut.

Ia memutuskan bahawa lelaki itu bersalah kerana mencederakan kedua-dua wanita terbabit tetapi menyatakan, undang-undang Islam membenarkannya untuk tujuan mendisiplin selagi pukulan itu tidak meninggalkan tanda atau parut.

Hakim mahkamah itu turut melarang kanak-kanak yang mencapai usia akil baligh daripada dipukul.

Keputusan itu dilaporkan semalam dalam akhbar The National. - AP


ReJaM© "Kalau Sharizat Jalil baca blog ni mintak dia komen kah kah kah"

3 Comments

  1. Aku percaya SIS & sharizat akan buat demo kat jalan raya...

    ReplyDelete
  2. Korang ni kurang ajar...! I tak suka tau! jahat! tak cuke tak cuke tak cuke!

    ReplyDelete
  3. Hukum pukul utk mengajar yg tidak cedera memang dibenarkan. Yang patut dikaji segera(urgent ni) dan digubal undang2 terutama dlm negara sekarang ini ialah :

    Hukum seorang isteri yang terlampau control suami sehingga dalam kerja2 suami pun si isteri berlebih2 ke depan mendahului suami. Sehingga suami menjadi isteri pula. Perkara ini jika dibiarkan akan menyebabkan suami hilang 'telur'nya dan akan menjahanamkan negara sekiranya si suami seorang yang berkuasa. Jika si suami setakat JKKK takpe lah.

    Shahrizat tentu setuju dalam hati. Takpelah sebab setuju dalam hati itu selemah2 iman. Masih ada iman. alhamdulillah.

    Nota:

    I bukan apa, kesian Kak Jijat tu, makan gaji buta. Takde keje nk buat. Semua makcik tu dah sapu, asik muka dia aje dlm tv buat itu buat ini. Hari itu buat tadika budak2. Next buat tadika ibu hamil. Next kalau berani buatlah tadika isteri2 bermadu. Then tadika perkahwinan campur(contohnya perkahwinan melayu dgn mongol ke)...hik

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan