Subjek Sejarah diperkenalkan di sekolah rendah 2014

Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus untuk Sijil Pelajaran Malaysia SPM, kini mata pelajaran itu akan mula diperkenalkan bermula dari sekolah rendah lagi.

MELAKA 24 Okt. – Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2014.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beberapa penambahan baru akan dimasukkan pada subjek Kajian Tempatan yang diajar pada murid tahap dua di sekolah rendah ketika ini.

Menurutnya, tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan negara.

''Kita akan laksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti ‘education is fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.

''Kita mahu jadikan ia sebagai matapelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah,'' katanya kepada pemberita selepas menutup persidangan perwakilan dwitahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini.



ReJaM©

3 Comments

  1. molek la tu.
    banyak betol penipuan dalam sejarah malaysia.
    kali ni nak ajar budak2 sekolah rendah lak.

    ReplyDelete
  2. nanti PR ambik alih Malaysia,
    keno tukar buku sejarah ni.

    ReplyDelete
  3. Pendedahan awal smmgnya bagus, tetapi apakah isi kandungan sejarah nanti akan dimanipulasi sebagaimana aku blajar sejarah dulu2? Tok Janggut, Dol Said, Abdul Raman Limbong dan ramai lagi ulamak tanah melayu yg berjuang menentang penjajah di cop sebagai pengganas? Sebagai pelajar (masa tu) yg tidak ada apa2 panduan utk membezakan antara yg benar atau salah, aku menurut saja apa yg di ajar di sekolah.

    Begitu juga dengan senario politik tanah air dari kalangan pejuang2 kemerdekaan spt Ahmad Boestaman, Ishak Haji Mohammed, Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan lain2nya dalam menyedarkan org2 melayu dengan mempolopori Kesatuan Melayu Muda dalam menentang penjajah sehinggalah terbentuknya Malayan Union pada 1 April 1946. Disini baru dilihat kelibat2 bangsawan2 beserta sultan2 malayu dalam menentang penjajah sehingga Malayan Union dibubarkan pd 21 Jan 1948 dn dgantikan dgn Persekutuan Tanah Melayu pd 31 jan 1948 yg juga dipolopori gol bangsawang spt Onn Jaafar.

    Apa terjadi kpd KMM slps itu dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)?? Sama2lah kita mengetahui fakta sejarahnya, dan menilai siapakah yg menyedarkan org2 melayu & pejuang kemerdekaan yg sebenarnya?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan