Thursday

Tahniah Ali Rustam dapat cucu pertama!




Wah tentu hati Ali Rustam a.k.a Ali Ketam sedang berbunga-bunga maklumlah baru dapat cucu anak haramlah katakan. Tidak lama lagi Ali Ketam akan dapat lebih banyak lagi cucu-cucu anak haram! Semoga Ali Ketam menjadi Datuk yang penyayang

BANDA HILIR - Sekolah Harapan, sebuah sekolah khas yang menempatkan remaja mengandung, mencatatkan satu lagi sejarah apabila bayi pertama penghuninya selamat dilahirkan Isnin lalu.

Bayi lelaki seberat 3.6 kilogram itu selamat dilahirkan di Hospital Jasin, kira-kira jam 8 pagi.

Ketika mengesahkan kelahiran itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bayi berkenaan tidak akan diserahkan kepada keluarga angkat walaupun ramai yang sudah menyatakan persetujuan untuk mengambilnya sebagai anak angkat.

Ini kerana, katanya, keluarga pelajar berkenaan telah bersetuju untuk menjaga dan membesarkan bayi terbabit.

“Ini satu kejayaan bagi kita dalam usaha men- yelamatkan satu nyawa yang tidak berdosa daripada dibuang begitu sahaja,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Pengurusan (iMEC 2010), anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, semalam.

Sekolah Harapan yang terletak di Jasin kini menempatkan 10 remaja perempuan hamil telah mula beroperasi bulan lalu.

Sementara itu, Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, ibu kepada bayi terbabit adalah seorang pelajar berumur 17 tahun dan akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penghujung tahun ini.

Walaupun enggan menyatakan secara terperinci mengenai pelajar terbabit, beliau berkata, kedua-dua ibu dan anak kini berada dalam keadaan sihat.

“Pelajar berkenaan kini dijaga kakitangan sekolah kerana masih dalam pantang.

“Ingin saya tegaskan bahawa secara langsung sekolah ini telah mencapai matlamat dan visinya menyelamatkan bayi hamil luar nikah daripada dibuang atau ditinggalkan di tempat yang tidak sepatutnya,” katanya.

Ab Rahaman berkata, Sekolah Harapan akan memberikan kaunseling kepada pelajar dan keluarganya.


ReJaM© " Kalau ada masa tu datanglah melawat tempat perlindungan anak haram Ali Ketam di Melaka, Sekolah Termengandung Ali Rustam (STAR)"

16 comments

Dah selamat seorang bayi yg tidak berdosa.
Jika bayi itu ditinggalkan dan dimakan anjing, maka bertambahlah dosa ibunya.

Tidakkah mulia tindakan seorang yg mencegah org lain dari membuat dosa ?
Tindakan dia yg lain tu saya tak tahu sebab saya bukan org Melaka.

Yg bukan ustazah.

Nani PJ

Dr. Mazlina Abu Bakar delete 7 October 2010 at 17:15

tahniah atas usaha Datuk Seri Ali Rustam....semoga Allah akan permudahkan usaha untuk membenteras jenayah, membenteras gejala sosial...semoga terpelihara dan lahir masyarakat mulia dan Islam kembali mencapai kegemilangan

tahniah atas usaha Datuk Seri Ali Rustam yang membela nasib mereka yg berzina di Malaysia. Lepas ni binalah rumah utk mereka yang ingin berzina pula ya????????

tahniah! bila kita nak luluskan lesen pelacuran pulak? kita penuhkan sekolah Ali rustam dgn anak2 haram!!!

Jangan terlalu prejudis.. Otak jangan terlalu negatif.. Sekurang2nya apa yang Ali Rustam buat itu dapat menyelamatkan masa depan gadis-gadis bawah umur yang belum matang dan memberi sinar taubat buat mereka sekaligus anak yang dikandunginya..

Nak laksanakan hudud? Nak laksanakan hukum islam? tarbiyah islam kepada anak remaja..? Ya.. kita akan laksanakan apabila tiba masanya dan tarbiyahnya kita jalankan yang kita mampu usahakan.. Persoalannya.. langkah pada saat dan ketika ini... zina berleluasa... bayi dibuang ibarat objek sampah.. salah satu langkah penyelesaiannya adalah pembinaan sekolah mengandung ini..bukan itu sahaja..malahan banyak lagi alternatif yang kita boleh fikirkan.. sebagai satu tapak untuk remaja2 yang terlanjur ini kembali kepada jalan taubat.. Siapa yang ingin lahir anak luar nikah?? Siapa yang ingin buang anak sendiri??

Apa yang penting adalah kita harus mencari alternatif dalam menyelesaikan masalah yang melanda ummah.. jangan hanya pandai berbicara.. Lakukan dengan amal... Wallahua'lam..

bagus2..sokong la usaha die tuh...
manfaat yang kita dapat
- selamatkan bayi daripada dibuang...
- orang yang berzina x perlu runsing lagi kalau termengandung..pastu bleh zina lagi,mengandung lagi?xpe..ada sekolah...huhu..
sorry for being sarcastic, but treatment is better than cure...harap2 akan ada usaha untuk membanteras zina daripada banteras buang bayi je...

bila dah masuk sekolah mengandung.. disitulah kita boleh didik dan tarbiyah mereka.. ya,treatment juga perlu pihak kerajaan lakukan.. walaumacamana treatment yg kita lakukan.. mustahil anak luar nikah akan jadi sifar.. pasti akan ada juga. Kecuali bila dah daulah islam terbentuk.

silap...prevention la...hohoho..x mungkin akan jadi sifar...kecualilah kalo pihak berkuasa sekarang lebih aktif dan lebih peka dalam membanteras hal ni...bukan suruh bagi jadi sifar,org suruh kurangkan..die wat sekolah ni manfaatnye cuma pada bayi...tp yang sebetulnya zina tu sendiri yang patut dibendung...jalankan hukum hudud!penzina kene rejam sampai mati bagi yang dh kahwin,rotan 100x bg yang belum...baru la xde org berani buat...ada paham?Allah dh tetapkan peraturan yang terbaik...bila manusia cuba ubah ikut logik akal, ini la yang terjadi...manfaat kepada 1 pihak..saya sanjung banteras buang bayi...tp cuba tgk org skrg, pegang2 dh jadi normal...sepatutnya batas2 pergaulan tu perlu diterapkan dalam setiap insan...kalau dh terlanjur yg bertaubat xpelah...kalo yg buat lagi pastu ajar kawan2 die cane??

Sememangnya kita kena yakin dengan Hukum Allah.. Masalahnya pemimpin2 kita ni jahil untuk laksanakan hukum Allah. Drp dibiarkan berleluasa zina dan buang bayi.. kita perlu ada alternatif2 lain sebelum hukum hudud dpt dijalankan.. sampai bila kita ingin melihat angka2 pembuangan bayi meningkat.. Nah.. telah selamat 1 nyawa bayi.. bayangkan jika bayi tersebut menjadi mangsa makanan anjing liar dan ulat2..

Persoalan remaja itu mengulangi zinanya adalah terletak kepada keberkesanan sistem persekolahan mengandung tersebut.. Pendidikan Agama yang diterapkan.. Tenaga pengajarnya yang benar2 berkualiti.. dan follow up yang berterusan..

betul...pemimpin kita sendiri x yakin,kesian kita org2 bwh ni...cumanya dari segi holistik, usaha ini ternyata x cukup..itu lah yang saya ckp,smoga lepas ni akan ada pula usaha membanteras zina...senang je...pihak berkuasa agama kene rajin la banyak...bukan x boleh, cuma x mahu...

saya selaku seorang muslim berasa kecewa dgn sikap pemimpin yang nampak macam kisah, tp sbnrnye x kesah pon...anak muda berpegangan tangan peluk2 di khalayak ramai x tutup aurat xde plak tindakan...kalau boleh mereka ni la yang patut mula2 diterapkan pendidikan agama dan diambil tindakan...kadang2 fmly dorg jenis x kisah tentang pergaulan bebas...akibatnya, zina dan terhasillah bayi...

saya menyeru mereka yang berfikiran waras supaya mengambil berat hal pergaulan bebas dan aurat kerana inilah punca terhasilnya bayi2 yang x berdosa ni...

ya.. saya sokong 100% dgn pendapat saudara.. Apa yang penting skrg adalah tindakan kita juga...
Apa yang mampu kita lakukan? Ahli pemimpin dengan usaha mereka.. Institusi pendidikan dengan usaha mereka.. apa usaha kita? .. banyak yang kita boleh buat.. antaranya..gunakan laman facebook dan internet dan war2kan tentang akibat2 buruk perbuatan zina dunia dan akhirat.. kempen tutup aurat.. di rumah.. keluarga kita kita jaga betul2.. di persekitaran tempat kita.. kita ajak mereka ke majlis2 ilmu..

contohnya apa yang dibuat oleh web ni.. kita sebarluaskan..
http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/06/di-manakah-anda.html

...aku bukan pee..takut 1 jee...nanti sekolah termengandung lebih banyak dari pusat serenti...

salam semua saudara. ada baiknya tindakan ali Rustam. sekurang-kurangnya, kita ada mekanisme mencegah danmengubati. lebih baik kita dengar cerita bayi dilahirkan di sekolah begini dari dijumpai dalam sungai atau semak. Hendak prihatin, jgn jdi pesimis. kita ubah golongan ini, yang ada kita kawal. jgn hanya mengkritik tanpa usaha. itu kerja umat yg hina

hukum Islam terbaik!!!

sekurang-kurangnya hargailah usaha Ali Rustam dalam menanggani masalah pembuangan bayi yang semakin parah di bumi tercinta ini. kepada pihak kerajaan, diharapkan dapat mengubal semula undang2 di Malaysia dan mengikut hukum syarak sepenuhnya bagi orang islam.

tahniah kepada ali rustam sbb bt idea camni...rase nye nie bkn skolah yg pertama menempat kan pelajar mengandung...malah dh bnyak pun...cth nye ...kewaja kat gombak...alhamdulillah...ada jgak org yg bersimpati atas nasib mereka yg menjdi penghuni disitu...bkn semua pelajar disitu mau benda tuh terjadi...harap lepas nie penghuni dan bkan penghuni pikir panjang la klo nk bt sesuatu...jgn ikut perasaan...ikut hati,mati...ikut rasa binasa,jd ikut la iman yg pasti akan membawa ke syurga...


EmoticonEmoticon