Tarikh tutup permohonan matrikulasi 2011 dilanjutkan ke 30 NOV

Untuk makluman adik-adik yang ingin memohon untuk kemasukkan ke Matrikulasi bagi tahun 2011, mengikut kementerian Pelajaran, Tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi bagi sesi 2011/2012 dilanjutkan dari 10 Oktober kepada 30 November ini.

Dalam kenyataan Kementerian beberapa hari yang lalu, kementerian menyatakan bahawa semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 bolehlah untuk membuat permohonan melalui laman web baru kementerian di http://apps.emoe.gov.my/permohonan_matrikulasi atau klik di sini Laman Permohonan Matrikulasi

Namun begitu sebelum memohon adik-adik haruslah memiliki pin number terlebih dahulu, Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) pula boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM6 bagi permohonan melalui internet.

Adik-adik dan orang ramai boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-88844036/4040 mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja) untuk sebarang maklumat lanjut.



ReJaM©: "Belajar rajin-rajin ye dik, sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan