Tuesday

UMNO Kelantan mahu boikot PRK DUN Galas?


Nampaknya di awal bahang PRK Galas, sudah ada segelintir penyokong UMNO Kelantan yang tidak berpuas hati dengan pencalonan calon lepasan SPM yang diumumkan baru-baru ini untuk mewakili Be End berentap di DUN Galas. Kalau diikutkan logik akal sememangnya calon yang dipilih oleh Be End untuk berdepan menentang Calon PAS lepasan Ijazah Sarjana Kedoktoran ibarat seperti bumi dengan langit. Walaupun tidak diketahui apakah sebenarnya strategi Ku Li memilih calon ini, namun dari pandangan kasar, keputusan ini ibarat membunuh diri bagi BN.

Jelas sekali BN sudah ketandusan calon untuk merebut DUN Galas, harapkan Ku Li menjadi calon, tentu sahaja anak raja itu tidak semudah itu untuk dipergunakan. Ataukah mungkin Ku Li sengaja meletakkan calon yang tidak berwibawa agar Be End kalah? Atau Ku Li ingin membuktikan kepada Najib bahawa dengan adanya beliau menjadi pengarah jentera pilihanraya Galas, beruk sekalipun menjadi calon, BN pasti memperoleh kemenangan?




ReJaM© "Undilah Calon PAS!"

1 comments so far

macam edit jer bro.. :) ehehe


EmoticonEmoticon