Monday

UMNO pilih Ku Li kerana terdesak



Heboh di dada-dada akhbar tentang berita yang mengatakan bahawa Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) dilantik secara langsung oleh Muhyidin Yassin Timbalan Perdana Menteri untuk mengetuai barisan jentera pilihanraya Barisan Nasional untuk Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Apa yang menghairankan, Tengku Razaleigh yang sepatutnya ditendang keluar daripada UMNO kerana sudah banyak menongkah arus sebaliknya diberikan tugas besar merampas DUN Galas yang sebelum ini dimiliki oleh ADUN dari pihak PAS.

Apa yang jelas sebelum ini Ku Li, dengan lantang menentang dasar parti UMNO tentang isu royalti minyak Kelantan, beliau yang juga merupakan pengasas Petronas menentang keras kenyataan bodoh pemimpin UMNO yang memutar belitkan perjanjian sedia ada tentang royalti minyak Kelantan. Malah Ku Li juga turut terlibat menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri bagaimana perjanjian royalti dibuat. Selain itu, Ku Li juga telah membuat satu road show seluruh negara bagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia tentang pengkhianatan Kerajaan UMNO BN terhadap rakyat Kelantan berhubung isu royalti ini.

Usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan oleh Ku Li ini untuk menentang pengkhianatan Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak terhadap rakyat Kelantan jelas sekali menimbulkan kegusaran di kalangan pemimpin UMNO. Tindakan yang perlu diambil untuk penentang seperti ini sepatutnya adalah hukuman, sama ada hukuman tatatertib Parti ataupun ditendang keluar dari UMNO. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ku Li diberikan tugas untuk memikul tanggung jawab mengetuai jentera BN merampas DUN Galas.

Kalau dilihat di sini, ternyata pemimpin atasan UMNO termasuk Muhyidin Yassin dan Najib Tun Razak sememangnya sudah sedia maklum, tanah jajahan Tuan Guru Nik Aziz itu terlalu kebal untuk ditembusi. Kalau mahu diharapkan Najib dan Muhyidin sememangnya kewibawaan kedua-dua pemimpin UMNO ini tidak cukup untuk menandingi pengaruh Nik Aziz di Kelantan. Dengan kata lainnya, kalau PRK Kelantan UMNO memang mati kutu! Oleh itu hanyalah Ku Li yang boleh diharapkan dalam UMNO.

Dari sini jelas sekali UMNO tidak mampu menyingkirkan Ku Li walaupun beliau menentang arus pimpinan UMNO. Ku Li nampaknya menjadi talian hayat UMNO yang terakhir untuk bertanding di Negeri Kelantan secara bersih, (?) Kerana UMNO sudah kehabisan duit untuk menggunakan taktik kotor merampas kerusi secara khianat!




ReJaM©: "Dewasa ini bila dengar sahaja PRK, UMNO memang jadi pening kepala"

3 comments

Aku kira percaturan meletakan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya UMNO bukanlan terdesak, tetapi lebih kepada dendam kesumat pemimpin UMNO kepada beliau. Tidak dinafikan, Ku Li masih mempunyai pengaruh yg kuat, tetapi byk tindak tanduk Ku Li menongkah arus dgn UMNO sendiri meletakan Ku Li sebagai ayam sabun untuk "dikorbankan" dlm pilihanraya kali ini, sehinggakan beliau juga di war-warkan sebagai calon yang bertanding. Menang kalah mungkin soal lain, tetapi mungkin pemimpin UMNO ingin menguji kesetian Ku Li kepada UMNO sendiri. Dalam pada itu juga, tentunya Muhyidin Yasin atau Mustafa Mohamad yang pada adatnya akan menjadi boss pilihanraya kali ini, tidak mahu dipersalahkan seandainya berlaku kekakalahan di DUN Galas. Sekiranya kalah, tentunya Ku Li akan di persalahkan dengan pelbagai sebab. Sekiranya menang, mereka tahu bahawa pengaruh Ku Li tetap ada di daerah Gua Musang dan apa-apa tindakan ke atas Ku Li harus di tangguh.

Kuli pun sudah tidak mahu menjadi kuli kepada pengkhianatan umno.

yg masih mahu menjadi kuli kepada umno ialah KUTAK perkasa...

haaahah

kita tgk je percaturan diorang..ku li x rugi ap2 kalo BN kalah or menang..


EmoticonEmoticon