Wajah penjenayah yang membakar mayat Sosilawati


Inilah dia wajah dua orang tukang kebun yang telah mengaku cuba menghilangkan bukti agar suspek utama pembunuhan jutawan terkenal Datuk Sosilawati Lawiya; pemandunya, Kamaruddin Shamsudin; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad tidak dapat dihidu. Dua orang tukang kebun inilah yang bertanggung jawab mengangkat, membakar dan membuang mayat mangsa untuk menghilagkan bukti agar suspek utama tidak dihukum.

Dengan wajah tenang, K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, terhadap pertuduhan menghilangkan bukti dengan cara membakar mayat dan membuang abu mayat keempat-empat mangsa bagi mengelakkan tertuduh utama dalam kes pembunuhan itu dikenakan tindakan undang-undang.

Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun kepada kedua-dua tertuduh bagi empat pertuduhan itu dan memerintahkan ia berjalan serentak mulai tarikh mereka ditangkap iaitu 9 September lalu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, pada jam 9.45 malam hingga jam 12 tengah malam, 30 Ogos lalu.

Berdasarkan fakta kes, Sarawanan didakwa melihat keempat-empat mangsa dibunuh Thilaiyalagan. Dia diarahkan Thilaiyalagan dan Matan untuk mengambil petrol dan diesel yang diletakkan di hadapan sebuah rumah pekerja ladang.

Tertuduh kemudian membawa dua tong putih dan menyerahkan kepada Thilaiyalagan dan Matan sebelum ketiga-tiga mereka mengangkat mayat semua mangsa untuk diletakkan di atas longgokan kayu yang sudah disusun.

Ketiga-tiga mereka juga menyusun kayu di atas keempat-empat mangsa sebelum mencurahkan minyak. Tertuduh bersama Matan membakar semua mayat itu.

Suresh pula didakwa menghilangkan bukti berkaitan kesalahan tertuduh utama dengan sengaja membuang abu mayat keempat-empat mangsa ke dalam Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting, pada masa dan tarikh sama, juga bagi mengelakkan Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matan, dan Kathavarayan daripada seksaan undang-undang.


CiLiK© "Kalau diikutkan hati memang tak setimpal hukuman 7 tahun penjara yang dikenakan itu, namun itulah peruntukan undang-undang sedia ada, hakim pun dah kenakan hukuman paling maksimum, maka itulah hukuman paling berat yang boleh hakim putuskan..."

5 Comments

  1. Itulah hukuman orang yang terlibat dengan pembunuhan.. kalau mereka yang terlibat dengan dadah hukuman gantung menanti...

    ReplyDelete
  2. Bongkar Kisah Memali pulak..
    Aku Rasa kes Memali sama kejamnya dgn kes susilawati ni...
    kes susilawati 4 org mati tapi kes memali berbelas2 org mati..
    Mana pi pekida masa tu... Jalan daaa....!!!
    Kes susilawati sebok pekida nak tunjuk hero kes memali buat bodoh...

    ReplyDelete
  3. 7 tahun jerr penjare...???

    sedeyh ngan hukuman yg diterimenyerr...
    mcm xsetimpal ngan keje berat yg diorang lakukan tu....
    spatutnyer....hukuman kene same berat ngan keje yg diorng lakukan....
    bru fair...

    ReplyDelete
  4. ada dua jenis perjalanan hukuman... serentak dan berasingan mngikut jumlah mangsa... kalau berasingan adakah betul..jumlah suma 28tahun aje..sepatutnyalah... berasingan...

    ReplyDelete
  5. Hukum islam.. Qisas la jawabnya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan