Wanita penjelajah masa ditemui?


Benarkah wujud penjelajah masa? Satu masa dahulu dunia digemparkan dengan kehadiran seorang lelaki di forum-forum terbuka di internet yang mendakwa dirinya datang dari masa hadapan. Malah dia juga telah meramalkan banyak perkara-perkara yang belum lagi terjadi pada masa itu. Selain itu dia juga menunjukkan gambar mesen waktunya yang didakwa dinaikkinya untuk sampai ke zaman ini.

Hari ini kita digemparkan lagi dengan kisah penjelajah waktu. Namun kisah penjelajah waktu kali ini tidak dapat didampingi dan ditemubual secara langsung, sebaliknya hanya dapat dikesan kewujudannya secara tidak langsung di dalam sebuah filem bisu lama lakonan charlie Chaplin.

Di dalam video bisu tahun 1928 lakonan Charli Chaplin kelihatan seorang wanita sedang berjalan bercakap menggunakan telefon mudah alihnya. Imej wanita menggunakan telefon bimbit sambil berjalan di sebuah kota bukanlah sesuatu yang menghairankan pada masa ini, namun ia menjadi sesuatu yang pelik apabila imej itu dirakamkan pada tahun 1928 kerana pada masa itu jangankan telefon bimbit, telefon rumah juga baru lagi dicipta oleh Alexander Graham Bell yang hidup dari 3 Mac 1847 sehingga 2 Ogos 1922

Kisah wanita "si penjelajah masa" ini mendapat liputan meluas di semua akhbar seluruh dunia. Ia juga menjadi salah satu topik perbualan dan perdebatan hangat di pelbagai forum-forum terkemuka antarabangsa. Berikut video yang merakamkan kewujudan "wanita penjelajah masa" tersebut.
[Sila klik untuk menonton]






ReJaM© "Macam cerita doraemon kah kah kah..."

28 Comments

  1. Tapi ada ke menara coverage kalau die nak guna hp tu?

    ReplyDelete
  2. ntah2 die garu2 je...
    nk dpt mane coverage zaman tu..??

    ReplyDelete
  3. Em... menarik, tapi nak katakan real gila pompuan tu bercakap mcm betul2 cakap kat telefon... lagipun budaya telefon bimbit belum ada lagi masa tu... mcm mane due nak pura2 telepon ek.. genius pompuan nih ahaks... atupun memang betul ade "Time traveller" hehe

    ReplyDelete
  4. ala dia pura2 garu telinga sambil dok membebel sebab x pasal2 kena rakam....maybe dia x suka femes n tak suka dirakam kot....maybe dia cakap "time aku nak lalu ni la sibuk nak bt rakaman filem bla bla bla..." sambil tgn bt2 garu telinga sbb nak cover muka...hahaha

    ReplyDelete
  5. previous all comment munkin benar kelihatan manusia tadi bercakap dengan telefon(jin)munkin ia memberikan gambaran masa depan manusia....any comment please

    ReplyDelete
  6. apa nak heran sememangnya org2 kafir tu nak kite lari dr akidah...
    baik kite percaya dgn Al-quran lagi senang,lagi pun ini semua adalah rancangan2 & niat Jahat FREEMASON utk kite umat islam hilang pegangan Agama....

    ReplyDelete
  7. ye ke? dia cakap ngan roti kot kan kan dia nak cakap ngan sapa?

    ReplyDelete
  8. freemason lg..ahahaha..taksub sungguh...freemason tu bkn ade ape pon..skrg dh zaman freemason ek...dlu klau jd pape slh kn kristian..skrg freemason lak..zaman facebook la kate kn..

    ReplyDelete
  9. Aku rasa perempuan tu sebenarnya orang gila... dia memang buat perangai pelik bercakap dengan kotak kecik kat telinga dia tu! Sebab aku pernah tgk org gila bercakap dgn pensel, ngn topi... mungkin satu hari nanti kalau dah ada org cipta alat mcm tu org gila kg aku akan menjadi misteri hahaha.. famous kampung aku weih! Malangnya aku tak rakam plak perbuatan org gila tu huhuhu...

    ReplyDelete
  10. sekiranya dah ada mesin masa Time traveller skr nie jer kite boleh agak apa akan terjadi...conferm lah kite semua dah lama jadi hamba abdi & xada agama sebabnya Time traveller boleh buat 1perancangan utk menguasai dunia dlm sekelip mata jer.....

    ReplyDelete
  11. kebetulan jer 2...
    org kapir jer nk wat nmpk lbeh2...

    ReplyDelete
  12. kalau datang dari masa depan, mesti dia dari tahun 1990an, pasal besar giler telepon dia hahaha

    ReplyDelete
  13. sudah lupa yer pada ayat "masa itu emas"
    masa yang lepas tak boleh diulang dan masa yang akan datang tak boleh diramal..
    satu saat terlepas..
    dah tak boleh nak kembali dah..

    ReplyDelete
  14. tu org gile aa, dah ckp sndr gile ape....

    ReplyDelete
  15. kalau dtg dr 90-an, coverage ?? lau dtg dr masa akan dtg mungkin le ada phone yg x yah gna line dah..

    ReplyDelete
  16. sebenarnyer..tu filem baru..diorg ubah suai untuk nampak cm filem lama..takde apa2 utk menunjukkan masa tu 1920-an..ada selang kamera dari imej lama..ke masa pmpn tu buat pnggln..nie seme kamera trick je..

    ReplyDelete
  17. smue bnde korg nk kaitkn gn agama...ptut lh o ptih xsuke o islam...huhu..cbe lh jgn pk y bruk2..klo rse bnde ni mnyesatkan xpyh lh nk percaya...xpyh nk bruk2kn bangsa atau agama lain..ssh ke nk buat mcm tu...?? xdenye o putih tu nk ganggu hdup o islam klo o islam xslu bruk3kn mrke dn agama mrke dri dlu...maaf jika tksar bhasa..

    ReplyDelete
  18. walkie talkie tuhhh

    ReplyDelete
  19. Anonymous | October 28, 2010 7:08 PM
    smue bnde korg nk kaitkn gn agama...ptut lh o ptih xsuke o islam...huhu..cbe lh jgn pk y bruk2..klo rse bnde ni mnyesatkan xpyh lh nk percaya...xpyh nk bruk2kn bangsa atau agama lain..ssh ke nk buat mcm tu...?? xdenye o putih tu nk ganggu hdup o islam klo o islam xslu bruk3kn mrke dn agama mrke dri dlu...maaf jika tksar bhasa..



    wahai kawan mintak perjelasan mengenai komen anda..

    ReplyDelete
  20. pe la msalah dorng ni.....bnde yg mengarut cm ni pon nk prcye ke?? terang2 bnde ni mngarut...org yg prcye ni mst suke tgk cter doremon....huh....

    ReplyDelete
  21. KRU pun pernah nyanyi dgn P ramlee kan?

    ReplyDelete
  22. dia guna henset 33sekupang tue....

    ReplyDelete
  23. -nairasdtec-

    penjelajah mase xbenar. filem skrg pon bleh buat grafik lama. xheran la.. tp nape sume ni, kalo benda yg pelik2 ade kat amerika? sebabnya ada dalam link ni.

    http://www.dinar-emas.com/vatican.html#axzz13jWQqljf

    misi Nabi Muhammad VS misi gereja Vatican

    ReplyDelete
  24. salam...cane lak lau ni rakaman semula...
    kesilapan teknikal sbb pompuan tu pakai hp...
    pengarah die tak perasan...
    filem hitam puteh kan blh buat skg...
    hehehe...
    :D

    ReplyDelete
  25. Percaya atau tidak? Kepada sesiapa yang dah tengok movie Transformer : Revenge Of The Fallen, bekas ejen Sector 7, Simmons a.k.a "Robo-Warrior ada menunjukkan bahawa teknologi asing telah lama bertapak di muka bumi ini.

    Sejak dari kereta pertama dicipta dari kehadiran AllSpark. Ini dibuktikan dengan kebangkitan semula Jetfire yang menyebutkan bahawa bapanya adalah tayar yang pertama di muka bumi ini.

    Jadi tidak hairanlah jika wanita itu bercakap menggunakan teknologi telefon bimbit kerana Captain Archibald Witwicky sendiri telah terjumpa Megatron tertanam beku di Arctic Circle pada 1897, 31 tahun sebelum video ini dirakamkan. Lol!!!

    ReplyDelete
  26. teringat cerita the girl from tommorrow..

    ReplyDelete
  27. ala..
    ntah2, org tgh setting rambut..betulkan topi..pasang anting2..
    + xnampak de pegang apa2 @ henpon pun..
    "wal asr" (demi masa)..
    masa bukan mende yang layak diangap remeh oleh manusia sedangkan tuhan dah bersumpah "demi masa".

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan