Friday

Zunar melukis kartun Dalam Lokap


Kira-kira sudah hampir seminggu Zulkiflee Anwar Ulhaque pelukis terkenal tanah air atau lebih dikenali dengan nama Zunar yang ditahan kerana hasil lukisannya yang menakutkan Najib serta geng-geng gerombolan UMNGOK dan Be End. Apa lah pelik negara Malaysia ni? Lukis kartun pun boleh kena tangkap ke? Inilah jadinya bila pemimpin UMNGOK dah mula takut dengan bayang-bayang sendiri. Tengok kartun pun boleh jadi histeria, jadi 'phobia' sesuai hasil karya terbaru Zunar bertajuk Cartoon-O-Phobia. Zunar ditangkap beberapa jam sebelum beliau dijadual melancarkan buku komik terbarunya, , Cartoon-O-Phobia pada 24 September lalu.
.


Zunar dan Isterinya Fazlina.

Lantaran disumbat secara kejam ke dalam lokap, Zunar tidak berputus asa malah terpaksa melukis kartun di dalam lokap, sebagai memenuhi tanggungjawabnya melukis kartun seminggu sekali di Web Malaysiakin. Berbekalkan sebatang pen, dan sehelai kertas inilah hasil karya beliau untuk sajian anda semua. Sila klik gambar di bawah untuk membesarkan image.



CiLiK©: Bila dah takut Mamak jual kacang putih pun UMNGOK nak tangkap kah kah kah!

2 comments

Ketajaman mate pena saudara Zunar wpun dgn skeping lakaran mngambarkan satu isi cerita novel yang panjang. Kalu lah tinta yg tumpah di atas kertas tidak mengetarkan jiwa seseorg, masakan dia di campak ke dalam lokap.. Krn sesunguhnya, kebiasaan mereka yg bersalah laa yg terasa begitu gentar dgn dirinya sendiri.

Kerajaan yang takut kepada kartunis tidak layak memerintah negara. Amat memalukan dan dayus serta tidak bermaruah langsung apabila dikatakan kartun Zunar boleh mengancam keselamatan negara.

Mat rempit, dadah, bohsia, anak haram, judi(bukan hanya di PPinang), arak, jenayah bunuh dll tidak pernah dilabel sebagai mengancam keselamatan negara. Bukankah semua itu lebih mengancam keselamatan rakyat yang bermakna mengancam keselamatan negara. Beginilah kalau sudah jadi alat zionis, golongan ghoyyim melayu ini masih tidak sedar diri membiarkan diri mereka menjadi alat iblis dan zionis.

Dan diakhirat nanti layaklah mereka duduk sebelah menyebelah dengan tuan2 mereka itu di paras paling bawah.

Bagaimana hendak menghadapi serangan musuh sebenar dari luar nanti jika seorang kartunis pun sudah dianggap mengancam keselamatan negara?

Kepada penulis dan kartunis. Jangan biarkan Zunar keseorangan. Teruskan menulis dan mengartun dalam menyebarkan kebenaran dan membuka minda rakyat yang telah lama sangat dibelenggu oleh akhbar 'penyebar fikiran sesat umngok' utusan meloya.

Gunakan bakat menulis dan mengartun anda dlm perjuangan ini dengan niat kerana Allah semuga sekeping lukisan kartun itu pun jika niatnya ikhlas dan mesejnya benar, maka ia bakal menjadi aset diakhirat nanti, dikala pendusta2 dpd golongan zionis dan munafik sedang bersedia utk menghadapi azab Allah swt. dengan membawa akhbar2 utusan melayo mereka yang penuh dusta itu untuk dibicarakan di hadapanNya.

Insyaallah....amin


EmoticonEmoticon