55 terbunuh serangan bom berani mati di masjid

Sekurang-kurangnya 55 orang telah dibunuh dan hampir 100 cedera dalam satu serangan bom berani mati pada sebuah masjid di Timur Laut Pakistan, menurut pegawai tempatan.

Serangan itu berlaku semasa solat berlangsung di dalam kawasan Darra Adam Khel, Pakistan

Beberapa jam kemudian, grenad dicampak ke dalam sebuah lagi masjid, di Peshawar, membunuh sekurang-kurangnya dua orang, kata polis.

Sehingga kini tidak dapat dikenalpasti pihak yang bertanggung jawab di dalam serangan terkini itu yang melibatkan pengeboman masjid dan makam.

Sebelum ini pihak Taliban Pakistan pernah mengaku bertanggung jawab di atas serangan seperti itu yang dilihat kerap berlaku beberapa tahun kebelakangan ini di kawasan sekitar Peshawar.

Jurucakap BBC di Islamabad M Ilyas Khan berkata pengeboman Darra Adam Khel itu mungkin sebagai serangan balas ke atas pejuang pro Taliban terhadap jenayah ketenteraan di kawasan berkenaan.

Di dalam serangan berikutnya, penyerang yang tidak dikenali melontar granad ke dalam sebuah masjid semasa solat Maghrib di Kampung Sulemankhel, kira-kira 7 km di utara Peshhawar, menurut jurucakap Polis.

Sekurang-kurangnya 2 orang telah terbunuh manakala 20 yang lain cedera parah. [BBC]


CiLiK©

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan