Anak Nurul dan Hattan dapat 5A UPSR tahniah


Tahniah diucapkan kepada anak artis terkenal tanah air, Nurul dan Hattan yang memperolehi keputusan cemerlang di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2010. Berita diperolehi dari Utusan Malaysia. Nurul yang dilanda kontroversi akibat penceraiannya dengan komposer terkenal tanah air, kini mampu tersenyum dengan pencapaian anaknya yang cemerlang.

Prestasi UPSR tahun ini juga dikatakan menunjukkan peningkatan yang baik berbanding tahun-tahun yang sudah. Apapun bagi pelajar yang kurang berjaya, janganlah berputus asa. Buktikan anda sebenarnya bijak, cuma periksa hari tu anda kurang bernasib baik! Gandakan usaha terus kejar kejayaan.

Bagi pelajar yang memperolehi 5A tapi tak dapat masuk surat khabar, janganlah bersedih, ramai lagi yang tak dapat masuk surat khabar, ReJaM© dulu dapat semua A masa UPSR pun tak dapat masuk surat khabar juga. Diorang kat atas tu mak bapak diorang Artis memanglah dapat publisiti. Tapi ada ke yang sedih tak dapat masuk surat khabar? Kah kah kah...

ReJaM© "Tak dapat masuk surat khabar, buat blog masukkan dalam blog kah kah kah..."

1 Comments

  1. Media2 pembohong BE_END gemar membesar2kan jumlah nombor dari angka pilihanraya sampai nombor budak2 sekolah lulus periksa pun nak dipolitikan!

    Dulu bohong pencapaian bebudak sekolah anak2 org berada yg sekolah swasta sebab semata2 nak lariskan bisnes sekolah!

    Sekarang nak sensasikan nombor 48,327 dengan pencapaian upsr agar org ramai menyokong dasar PPSMI pulak

    putar alam punye b-end!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan