Monday

Anjing comel Chihuahua sertai Skuad Polis


Kebiasaannya anjing yang bermuka bengis dan garang serta bertubuh besar dijadikan anjing pengesan untuk membantu Polis menyelesaikan kes-kes tertentu di dalam dan luar negara.

Namun begitu, lain pula berlaku di Selatan Jepun, apabila sejenis anjing comel yang bertubuh kecil yang lazimnya dijadikan haiwan peliharaan, bakal menyertai skuad Anjing pengesan Polis di Jepun apabila anjing berkenaan dikatakan berjaya melepasi ujian kelayakannya.

Seekor Anjing jenis Chihuahua dengan berat 3 kg (6.6lb) ditetapkan untuk menyertai pasukan pengesan dan penyelamat yang akan digunakan di dalam operasi bencana seperti gempa bumi dan tanah runtuh.


Dengan saiznya yang kecil, ia dijangka dapat menyelinap ke dalam lubang yang terlalu sempit untuk dilalui oleh anjing pengesan biasa yang bersaiz besar seperti German Shepherds

Chihuahuas yang dinamakan sempena sebuah negeri di Mexico, merupakan baka anjing yang paling kecil.

Diolah dari : BBC

1 comments so far

Di malaysia mungkin lebih sesuai digunakan katak utk menyelinap ke tempat 'target'. Dengan tubuhnya yang kecil dan berwajah comot kelaparan dan suka buat bising dalam media, bercakap sorang2...maka katak dirasakan sangat sesuai utk melaksanakan kerja2 penyelinapan.


EmoticonEmoticon