Tuesday

Apa kata Ahmadinejad tentang isu Wikileaks



Heboh di seluruh media tempatan dan antarabangsa sejak semalam berhubung kebocoran maklumat dari laman web Wikileaks.org yang mendedahkan dokumen rahsia bahawa Arab Saudi dan beberapa negara arab lain berulang kali meminta Amerika Syarikat untuk menyerang Iran.

Dokumen sulit Amerika Syarikat (AS) yang didedahkan dalam laman web WikiLeaks di Internet kelmarin mendedahkan bahawa pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah meminta AS menyerang Iran.

Tujuan serangan itu diminta adalah untuk menghalang program nuklear Iran.

Ketika ditanya mengenai kenyataan itu, jurucakap Jabatan Negara AS, PJ Crowley semalam menyatakan bahawa dasar AS adalah tidak memberi komen berhubung bahan-bahan itu.

Namun begitu lain pula dengan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berkata kebocoran mesej para diplomat Amerika yang mengatakan negara-negara Arab mendesak Washington agar menghancurkan fasiliti Nuklear Iran sebagai sebuah propaganda.

Ahmadinejad mengatakan pendedahan kebocoran dokumen rahsia di laman web Wikileaks itu hanyalah merupakan sebuah perang psikologi untuk menentang Iran.

Dalam satu sidang media di Televisyen Iran, presiden tersebut mengatakan seharusnya orang ramai tidak membuang waktu membaca informasi seperti itu.

"Kami tidak menganggap informasi ini dibocorkan," kata Presiden Ahmadinejad. "Kami beranggapan penerbitan itu sengaja dirancang agar diterbitkan secara rutin untuk mencapai tujuan politik."

Dia menambah bahawa kebocoran maklumat itu tidak akan mempengaruhi hubungan Iran dengan negara-negara lain.

Di satu sudut lain, penerbitan dokumen-dokumen di Wikileaks itu mampu memberikan impak yang sangat besar yang membinasakan terhadap Iran, kata wartawan BBC di Iran, James Reynolds.

Ini merupakan kali pertama adanya bukti hitam putih tentang negara-negara arab secara aktifnya menggesa Amerika Syarikat untuk menyerang Iran. Apa yang dapat dijangkakan, dokumen tersebut menggambarkan bahawa Negara Iran kini dipulaukan dan menghadapi ancaman.

Sekiranya hal ini sememangnya menimbulkan kerisauan kepada pemerintah Iran, pemerintah itu tidak akan menyatakannya kepada umum. Sebaliknya, tanggapan Ahmadinejad itu tampaknya sesuai dengan pandangan Iran selama ini, bahwa segala tindakan Amerika sangat terancang dan bermaksud menimbulkan keretakan di antara negara-negara Islam.


Sumber: BBC News
ReJaM© "Pemimpin Iran kelihatan defensive. Namun tentu sekali Iran sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan..."

8 comments

ape2 hal cool jg lar die ni..tak cpt melatah..btul jg..bnda kt internet ni kite bkn blh percaya 100%..tp mayb ade kebenaran disebalik khabar angin tu kot..cuma di perbesarkn..mgkn...who knows???...DIA je yg maha mengetahui..

nak laga-lagakan umat Islam..biasa la tu kafir..

Sebenarnya bukan besar sangat isu ni, kecoh je lebih! Dulu masa Perang Teluk Iraq dan US Malaysia terang-terangan menyokong US! Konon negara Islam tapi bila kafir perang dgn Islam, Malaysia pilih utk sokong Kafir! Bodoh Mahathir!

Kekdg rasa macam ada something hidden di sebalik wikileaks ni..
macam ada sesuatu yang dirancang.

sarang tebuan jgn dijolok...

sangat suka tgk reaksi manusia ni. hanya memilih berita yg disukai. Wikileaks ni benar tak benar, bukan point aku. pointnya umat kta hanya akan percaya yg mana mereka mahu. Kalau apa yg diwar2kan wikileaks tu menepati apa yg mereka suka, mereka akan setuju. Bila wikileaks dedahkan pergolakan negara2 Islam, mulalah tak nak percaya. Mulalah kata Wikileaks ada konspirasi. Cuba dia dedahkan Israel punya rahsia.. CONFIRM.. sume umat Islam akan jadikan apa dalam Wikileaks tu fakta.

mungkin ini permainan yahudi untuk memecahbejah islam


EmoticonEmoticon